oleh: lisa sharip Ikan pais sedap

No picture

resepi ni dari mak lisa.tak tau pulak resepi ni dia dpt dr mana. yg pasti susah nak jumpa kat kedai or memane ikan bakar style ni. setakat ni, if nak makan ikan pais ni kena wt sendiri je la. masa masak lebih kurang 20 minit utk bakar.


Created on : 20-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lisa sharip




Share


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 100 gm cili padi atau ikutlah nak pedas macam mana. - resepi ni lagi pedas lagi power
  • 3 helai daun kunyit - yang muda
  • 5 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 7 biji limau nipis atau kasturi - kuantiti brgantung kepada kemasaman yg anda suka
  • 4 ekor ikan kembong or pape ikan yg anda suka
  • daun pisang secukupnya untuk membungkus ikan
  • 3 ulas bawang merah (kecil)
  • 1 inci belacan
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. siang ikan dan ketepikan. Bakar belacan terlebih dahulu dan ketepikan. seterusnya, hiris - hiris daun kunyit, serai dan kunyit hidup. untuk rasa yang lebih original, tumbuk kesemua ramuan ini bersama cili api dan termasuklah belacan yang telah dibakar tadi di dalam lesung batu atau lebih mudah, blend kan je sume bahan ni, termasuklah garam, dan bawang merah. tumbuk atau kisar bahan tadi jangan terlalu lumat. biarkan agak kasar sedikit. tapi janganlah kasar sangat. nanti tak sedap. lepas dah kisar tu, perahkan limau.
  2. Setelah ramuan ni siap, lumurkan pada ikan dan dalam perut ikan tu. balut dalam daun pisang, kemudian bakarlah dalam oven. masa membakar lebih kurang 30 minit jika guna oven. tapi kalau guna mikrovave, lebih kurang 15 ke 20 minit dah cukup dah. selamat mencuba ok.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu