oleh: azwalissa Stir fry Arrowhead with Beef

Stir_fry_arrowhead_wif_beef

Resepi cincai yang sangat mudah dan sedap. Boleh cuba sementara arrowhead/ngarku masih terdapat dipasaran :)


Created on : 20-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi azwalissa




Share


Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 500g daging dihiris nipis (kat Jusco ada daging lembu yg dah dihiris nipis)
  • 5 biji ubi arrowhead belah 4 - goreng layu2
  • 2 sudu cili boh
  • 2 sudu sos cili
  • sedikit garam & blackpepper (jika suka)
  • sedikit halia dipotong halus
  • bawang kuning potong bulat

Cara-cara

  1. Basuh daging bersih-bersih. Tumiskan cili boh sehingga garing. Masukkan daging dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan semua bahan lain dan tambah sedikit sahaja air. Renih sebentar sehingga daging empuk.
  3. Bila daging agak2 empuk dan kuah likat, tutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas.
  4. *masakan ini tidak terlalu berkuah. cukup sekadar basah-basah aje* Selamat mencuba!

Tag

daging


Laporan Masakan Bergambar (1)

Arrowhead
21-02-2009
Beli arrowhead masa CNY lepas buat chips. Skarang baru masak ngan beef. Sedap.. TQ
Laporan oleh: brendac

thanks brendac! :)


Komen (7)

20-01-2009, kak ann komen :

dah lama tertanya2 ubi yg menjadi rebutan makcik2 cina ni mcmana ler cara masaknya..ni leh try...


20-01-2009, azwalissa komen :

saya pun ralit dok tengok diorang berebut benda alah nih. tu yg bertanya kat diorang resepinya. selain boleh digoreng macam chips, masak cara nih pun sedap juga. :)


20-01-2009, kak ann komen :

jap lagi akak nak hello hubby suruh belikan arrowhead.. ingat kalau dtg semangat pahlawan nak buat goreng chips n stir fry arrowhead petang ni.


20-01-2009, as75 komen :

salam azwalissa, smlm nampark chip arrowhead arini Stir Fry plk..nampak sedap tu.. mana nak dapat arrowhead kat sini?? kak ann dah dgn semangat pahlawannya tu..


20-01-2009, azwalissa komen :

salam As.. ubi arrowhead nih tengah berlambak kat semua pasaraya yg jual bahan basah. ubi nih kita dapat jumpa time raya cina aje rasanya. cuba cari kat Giant / Jusco / pasar2 besar. confirm ada... Kak ann, jangan kata jd pahlawan, silap2 ada yg jadi ninja terus tu karang! hehe..


20-01-2009, kak ann komen :

as75... akak dah dapat sket2 semangat pahlawan...dah tepek laporan tuk resepi chips...hehehe... yang ini nyer resepi tunggu semangat lain lak datang...


21-01-2009, Yuzz77 komen :

waahh....tumis ngaku ngan daging lembu ...??nampak menarik...tapi x penah try. member2 chinese kat opis kata memang sedap.sbb keluar rasa manis ngaku tu....maybe nk try sebelum musim CNY abis...hai..ngaper la ngaku nih takder time raya posa..nak gak buat kerepek ngaku then bagi MIL. sure dia suka dan puji2 DIL dia nih..he..he..he...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu