oleh: noorana Apam Pisang Coklat

Apam_pisang

jumpa kat buku resepi kakak yang lama..variasi untuk apam pisang


Created on : 20-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi noorana




Share


Bahan-bahan ( kalau pakai acuan cam gambar nih dapat lah dalam 25 biji )

  • 2 cwn tepung gandum*
  • 2 sudu makan serbuk koko*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cwn pisang emas yang dilecek
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur (dipukul)

Cara-cara

  1. 1)Panaskan kukusan. 2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. 3) Masukkan bahanbahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. 4) Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. 5) Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.
  2. pastikan air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang semasa mengukus.


Laporan Masakan Bergambar (8)

P1010302
29-01-2009
ana..ni ler apam pisang bee..gebus je..rasa pun ok..tq ana..
Laporan oleh: bee_rbs

Bee, gebus ada cam org nyer tak. Mekasih dah try eks

Apam_pisang_choc
30-01-2009
salam noorana,apam yg ni kukus dlm acuan kecil2...sdp dan lembut... trima kasih atas resipinye.... :)
Laporan oleh: kak fida

kak fida, comel nyer bekas akak tuh.

Apam_pisang_choc
30-01-2009
haaa..yg ni pulak kukus dlm loyang..tapi rasenye lebih sesuai dan cantik klau kukus dlm acuan kecil2..... :)
Laporan oleh: kak fida

kak fida, haah apam nih ken pakai bekas comel baru bersemangat nak makn hehe

05032009_007_
06-03-2009
saya baru join..tapi dah byk try resepi kat sini..hanya yg ni sempat tangkap gambar.. anyway mmg sedap & gebu..anak2 suka sgt
Laporan oleh: Ina.azid

ina thanks kerana mencuba..memang anak2 suka apam nih..

Dsc_7251
03-09-2009
thanks for de recipe,my kids sukeee sangat.
Laporan oleh: zaina
Apam_pise_coklat_s
09-04-2010
terlupa letak minyak tapi apom rasa still ok.......sukatan gula merah camna? dimasak dahulu atau tidak?kalu dimasak dahulu berapa nisbah gula n air?
Laporan oleh: rosalizasalahuddin
Dsc00532
17-05-2011
apam pisang yang best......lembuttt jerk....
Laporan oleh: mass80
Dsc02214
06-07-2011
buat lagi apam pisang ni.....memang best.....
Laporan oleh: mass80

Komen (7)

20-01-2009, sitinor komen :

mane cara2nyer...


20-01-2009, my_oshin komen :

klu ganti mynyak tuh ngan majerin atau santan bleh x?


20-01-2009, noorana komen :

my-oshin, minyak tuh boleh ganti dengan majerin ( yang dicairkan ) or kalau nak pakai majerin biasa rasa nyer u kena pukul dulu majerin dgn gula dan telur baru masakkan ke dalam adunan. Santan ? ermss..tak tahu palk, usually santan substitute untuk susu jer...


07-02-2009, rosaliza komen :

salam ana, best apam pisang ni rasa ala ala kek coklat kukus, lemak manis gebu dan sedap, yang penting senang utk buat. thanks kerana sudi kongsi resipi.


09-02-2011, siti amira komen :

salam ...mmang sedap..ingat nak wat lagi masa kenduri kat umah mak tima kasih kongsi resepi


08-07-2011, abeza624 komen :

salam..ana memang sedap...gebu je...anak kita yg x suka kek pisang laju jeee ngapppp......tq bg resepi ni....yg penting senang nak buat....tqqqqqq


16-12-2011, jue64 komen :

salam ana, apam pisang coklat ni sangat gebu dan sangat sedap.. x rugi la try.. resepi pun senang.. pasti akan wat lagi.. tkasih ana kongsi resepi ni..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu