Google+

oleh: salwahcm Shepherd’s Pie

Img_9754

Best!!!. Thanks to kak Siti Mistima kerana sudi kongsi resepi ni.


Created on : 15-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi salwahcm




Bahan-bahan ( 2 orang )

  • #Bahan untuk Inti#
  • 250 gram Minced beef
  • 100 gram mushroom (kalau ada budget lebih sedap guna fresh mushroom jenis portabello, kalau susah button mushroom yg dalam tin pun ok)
  • 1 biji bawang besar yg kaler kuning (Potong dadu)
  • 2 sudu besar Mushroom soup (cream) brand Campbell
  • Boleh juga masukkan sayur2an lain spt celery, carrot atau brocoli.
  • #Topping#
  • Mashed potato (ikut resepi Yani) atau boleh juga pakai instant potato
  • Mozarella Cheese

Cara-cara

  1. Goreng bawang sampai agak layu.
  2. Masukkan cendawan (step ni kalau guna cendawan fresh) kalau tak skip ke step seterusnya.
  3. Masukkan minced beef, goring agak2 nak kering..
  4. Masukkan krim mushroom, kalau daging tu liat tambah air sikit, masak sampai jadi pekat and agak kering.
  5. Masukkan cendawan dan sayuran2an lain.
  6. Perisakan. Tapi biasanya tak perlu letak garam sebab cream mushroom tu dah masin.
  7. Ketepikan..
  8. Letak inti dekat base loyang ke corningware ke atau bekas aluminium foil cam yg saya guna tu pun ok.
  9. Letak mashed potato , taburkan mozzarella cheese
  10. Bakar dlm oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cair kan cheese. (Biasanya dlm 10-15 minit je)
  11. Sedap dimakan panas2.

Tag

Laporan Masakan Bergambar (6)

Shepherd___spie
17-12-2006
emm..yummy!
Laporan oleh: yani
Sheperd_s_pie
17-02-2008
hmmmmm....mmg sedap sgt....buat dlm loyang aje.....tq
Laporan oleh: syahmi
Shepherd_s_pie
03-12-2008
Dah lama pending nak buat, akhirnya berjaya juga. Thanks for the recipe.
Laporan oleh: hazila
090320111295
15-03-2011
takde mushroom soup..jadi inti tu lepas bakar terkering laa pulak..tapi still sedap..atas tu tabur serbuk parmesan pastu pakai garfu biar ada gunung2 kecik kat atas..so garing2 gitu..
Laporan oleh: lorzaijan
20032011097
21-03-2011
mmg best!!!! sedap.....ada lebih inti tu saya buat popia...hehhe...
Laporan oleh: syalina
Shepherd_s_pie
16-06-2012
1st attempt..alhamdulillah menjadi..mak pun kata sdap~tp modified sket sbb mushroom soup xde n daging xckup..so sy ganti ngn susu n tambah sausage..hihi~thanks for the recipe.. ^^
Laporan oleh: yuchimaro


Komen (10)

15-12-2006, nurul =) komen :

salwahcm..kalo kite adjust inti taruk rempah kari ke..?taruk lada sulah ke...agak2 ok tak?ada apa2 idea lain supaya pie nie rasa pedas cket..?


15-12-2006, salwahcm komen :

Saya selalu tambah black pepper. Lada sulah pun ok. Tapi kari tu tak sure pulak. Anyway nurul boleh cuba. Kalau sepupu saya yang kuat pedas tu dia tambah cili api je. :)


15-12-2006, nurul =) komen :

uishh...cili api?mekaceh jea laa..anyway,pie nie ada sideline tak?pie nie nak mkn kena korek dgn sudu ekk?sbb rasa2nye inti pie nie peroi kan..?sorry le tanya soalan pelik2..kite bab masak mmg hampeh..hehehe


15-12-2006, salwahcm komen :

Nak makan kena cedok ngan sudu. Memang pie ni lembut. Kalau buat hidangan besar kenalah cedok letak dlm piring. Tapi kalau nak senang beli je bekas aluminium foil yang memang ada mcm2 saiz.


16-12-2006, mutiarazura komen :

salwah, cream mushroom tu mushroom soup campbell dalam tin tu ke?


18-12-2006, salwahcm komen :

Mutiarazura...ya


21-12-2006, Mat Gebu komen :

salwah. guna ikan tuna dalam tin boleh tak ek, sebab my sis in law tak makan leer daging.... apa pendapat u salwah. ok tak ek?


26-12-2006, salwahcm komen :

Mat Gebu...saya tak pernah pulak cuba. Tapi saya takut rasa muak sebab kita letak cream mushroom. Cuba lah tukar dengan udang atau sotong.


13-02-2007, xzainiex komen :

wallah!!!


08-02-2011, yaati komen :

bestnya resipi nie salwah..mula2 tgk kat email. lps tu nampak kat majalah feb 2011..apa lagi cari la resipi kat sini nak cuba..nampaknya resipi nie byk version la..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd