Google+

oleh: atiahas Tempe Buatan Sendiri

T

Tempe buatan sendiri di rantau orang


Created on : 17-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi atiahas




Bahan-bahan ( 8 keping -250gram )

  • 1kilogram kacang soya
  • 2gram ragi tempe
  • 8 keping beg plastik sandwich

Cara-cara

  1. 1
    Rendam kacang soya semalam. Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal. Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin
  2. 2
    Rebus selama 45minit ke 1 jam. Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalu masih ada yang tinggal. Ada sesetengah pihak mencampurkan cuka tapi tak perlu pun sebenarnya.
  3. 3
    Tos kacang soya dan keringkan. Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau cara yang saya guna, gunakanlah kipas angin.
  4. Ragi
    Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe. Di UK/Europe kami boleh dapati dari kedaiperantau.blogspot.com atau di tempe.info.com Jika di KL, banyak ragi tempe boleh di dapati di Chow Kit.
  5. 4
    Macam-macam cara untuk membungkus tempe, tetapi oleh kerana daun pisang dan daun rambai (rasanya lebih enak dan lazat) amat sukar didapati di sini maka saya menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Tetapi keluarga saya suka ketebalan +/-10mm, lebih kurang 250g sebungkus
  6. 5
    Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata. oo tak perlu gunakan rolling pin ni, anak saya menolong masa ni.
  7. 6
    Letak di tempat yang panas- jika di UK di tepi heater sehingga dia berpeluh.. jika di Malaysia letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam. Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.
  8. 19364176
    Tahniah, anda telah berjaya membuat tempe anda sendiri....

Tag










Laporan Masakan Bergambar (3)

Dscn4050
18-04-2009
tempe
Laporan oleh: perantaudinegaraorang

tahniah perantaudinegaraorang

2
28-11-2009
Ini tempe ke tiga yang berjaya saya buat. Agak bangga sebab bukan jawa pun berjaya membuat tempe. Satu tip yang bagus saya dapat dari kedaiperantau ialah untuk menggunakan food processor untuk memecahkan kacang soya. Tidaklah penat saya memecahkan kacang menggunakan tangan.
Laporan oleh: keluargailham

tahniah keluargailham

Img_2728
05-03-2012
selalu juga buat tempe ni klau ada bekalan kacang soya...sy prnh juga try dgn kacang putih,,,ok la, jadi, tp kurang sedap mcm tempe kacang soya...basic resepi sy ikut resepi ni,,cuma sy ada tmbh sedikit tepung ubi (petua kawan),, cuma sy x prnh buat smpi 1kg kacang soya, buat dlm 2 cawan, ragi agak2 ja...jd juga...cuma kena hati2 la (berdasarkan pengalaman), jgn letakkan betul2 tepi heater klau suhu heater maximum...thanks atiahas.., apa2pun seronok dpt mkn tempe kat rantau orang ni..
Laporan oleh: ctzai

Komen (34)

17-01-2009, as75 komen :

lamanya x makan tempe.. mana nak dapat ragi tempe kat NZ ni.. bestnya kalau boleh buat sendiri..tq atiahas kerana share cara buat tempe ni..


17-01-2009, atiahas komen :

NZ...hmm persoalan yang bagus. as75- bagaimana pos NZ, ada kah ketat macam di Australia? kalau tidak, kena minta keluarga di Malaysia tolong poskan ragi. :p nanti saya tanya rakan-rakan tempe saya yang lain jika ada dijual ragi di NZ, tapi macam harapannya tipis.


17-01-2009, as75 komen :

terima kasih atiahas, di NZ ni agak ketat juga.. tempe ni ada juga dijual dikedai2 barang organic tapi 1 keping memang mahal la.. susah nak jumpa.. selalu nak beli dah habis..kalau dpt buat sendiri kan bagus bole share ngan kwn2 disini..


17-01-2009, baya74 komen :

salam as &atiahas. sy pernah tbaca, dr tempe tu sendri blh d jadikn ragi. mcm yogurt jgk , dr 1 cwn yogurt blh djadikn ibu utk mmbuat 1 liter yogurt. tp sy x ingat sy baca kt mana? cuba as surf &kt internet. mungkin nnti as blh buat ragi sendiri & buat tempe sendiri. pastu blh la letak resepi ragi tempe kt MR ni.


17-01-2009, baya74 komen :

ni sy ambil dr http//www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=802 tempe d potong2 halus& jemur smpai betul2 kering. pastu blend. blh pnskn dlm oven pd suhu 30 d celcius slm 12 jam. harap dpt mmbantu.


17-01-2009, as75 komen :

salam baya, thanks for the great info..


17-01-2009, okeed komen :

Hebat la boleh buat tempe sendiri. Betula la tu.. dulu masa kecik2 saya selalu tgk nenek saya buat ragi tempe guna tempe yg dijemur atas daun.. Tp x berapa ingat methodnya


17-01-2009, atiahas komen :

betul memang boleh buat ragi dari tempe. tapi disebabkan tempe rantau orang kebanyakkanya sudah difrozen, hasil ragi tidak beberapa menjadi dan konsistent. kejab jadi kejab tak jadi. kalau di malaysia, tak terpikir pun nak buat sendiri, sebab banyak tempe fresh dijual... makan tempe bersalut daun rambai.. adussss.. bestnyerr... hahahaha...


18-01-2009, yumna komen :

ati.. u duk aussie ker? i duk Tasmania. mcm mana nak oder ragi tempe online? boleh ke pos ragi ke aussie? sini strict sungguh brg makanan sume tak lepas.


18-01-2009, atiahas komen :

yumma, saya di uk. tulah dengar memang ketat di australia. adik saya di melbourne, susah sangat nak hantar barang makanan. asyik kena buang sahaja takut tak lepas ajer kalau dihantar, although kalau tak salah saya ada orang di australia membuat tempe (bukan orang kita). nanti saya tanyakan. kepada as75, takda kawan saya ada sumber ragi di NZ. tapi itulah boleh cuba buat ragi sendiri dari tempe yang dibeli dari kedai health food. cuma kalau boleh cari tempe fresh.


19-01-2009, a_lynn komen :

askm yumna, saya tinggal di melbourne, kat sini ada jual ragi kat kedai cina


19-01-2009, yumna komen :

ati.. kat sini tempe ada kat coles tapi rupanya lain. Dia takde kulat dan basah.. boleh ke tempe tu keringkan jadikan ragi?


19-01-2009, yumna komen :

alyn, kat melbourne senangkan nak cari bhn makanan asia.. sampai ragi pun ada.. tempe pun sure ada.. alyn tau ke apa dia ragi dalam BI atau dia tulis apa kat kedai cina?


19-01-2009, atiahas komen :

hi yumna, ragi tempe dalam bahasa omputih "tempeh starter". rasa dalam bahasa cina takde kot.. harap dapat membeli ragi dan berjaya membuat tempe. :p


19-01-2009, Imah13 komen :

Askm atiahas, ragi tu yg kita biasa buat tapai ke atau ada ragi khas buat tempe? Saya teringin sangat nak buat kerepek tempe yg tipis2 garing ada ketumbar jintan tu. Boleh tak agaknya masa perap dgn ragi, kita masukkan rempah2 tu sekali? T.kasih


19-01-2009, atiahas komen :

wslm imah13, ragi tapai dan ragi tempe memang lain. kena guna ragi yang khusus sahaja. saya tak pernahlah cuba tapi saya rasa memang boleh campurkan ketumbar jintan + kacang soya +ragi... peram sampai tumbuh kulat. tapi bukan ker kerepek tempe itu macam buat tumpi, tempe dah jadi potong halus2, celop bahan rempah dan goreng?


19-01-2009, Jue Hussin komen :

Cuba g kat web site nih... kut2 bleh membantu... http://www.soya.be/how-to-make-tempeh.php


20-01-2009, atiahas komen :

la.. jue, samalah procedure di website tu dengan step disini, lain bahasa sahaja. imah13, saya dok tanya-tanya kawan-kawan tentang keropok tempe ketumbar jintan tu. semua cakap guna tempe yang dah siap dicelup dengan bancuhan rempah. alamak, sedap pulak rasanya. kalau kamu dah cuba, letakla resepi disini... macam teringinla pulak.


20-01-2009, kencana komen :

mmg..kita ni bila dah tcampak jauh dr ngara sndri, pandai nak idup..myresepi ni pun tgk bila dah duk UK, kat Msia tak penah buka pun..main ode je bila nak mkn..padan muka den..mjur kat sini ada Indonesian jual tempe..


21-01-2009, atiahas komen :

mmg betul kencana... kalau indonesian jual tempe kamu mesti dimanchester betul tak? heheheheh...


21-01-2009, Yuzz77 komen :

tak gakkk....saya pun dok mesia tapi selalu gak bukak myresepi nih.bukan apa lebih puas rasa nyer kalau buat sendiri dari beli. lebeh lagi menjadi..kembang kempis idung.kena pulak sedap dan ramai yg memuji..mau rasa nyer dalam seminggu 4-5 kali buat..kih..kih..kih..


23-01-2009, kencana komen :

atiahas duk katne? sy di Birmingham. sometimes kedai SingFat kat citycenter tu pun ada jual tempe.beli je kalo dah tringin 3pound. kira makanan mewah kat sni..hihi..


24-01-2009, atiahas komen :

saya duduk loughborough, 45minute ajer dari birmingham. selalu gak ke wingyip. ooo... kalu teringin makan tempe segar datanglah sini, tapi beritahu 3 hari awal atau marilah buat tempe sendiri. ragi tempe boleh didapati dari kedaiperantau.blogspot.com


06-03-2009, perantaudinegaraorang komen :

salam atiahas, saya telah mencuba membuat tempe seperti yang disyorkan. ragi pula dari kedaiperantau. suka hatinya bila berjaya. hari-hari kami sekeluarga makan tempe. lepas ini saya akan war-warkan kepada rakan-rakan di uk untuk membuat tempe sendiri. jauh lebih enak dari beli frozen dari kedai cina.


27-03-2009, sumardi komen :

salam, thanks sebab share ngan we all cara membuat tempe..dah lama kami cari ..tapi have a problem ragi tu nak beli tapi jauh lah pula...kalau dah ada ragi kami nak cuba,try ,test dan kalau jadi kami nak jual la pula dan promote ngan jawa..jawa..makanan ni best sangat berkhasiat .


18-04-2009, perantaudinegaraorang komen :

ops, luper nak letak komen kat laporan masakan. berjaya juga mengambil gambar tempe, selalu dah kenyang baru teringat. terima kasih pada abang din dari kedai perantau atas tips- tips membuat tempe. tempeku umph!!


28-11-2009, keluargailham komen :

atiahas: Terima kasih kerana share cara-cara membuat tempe. Oleh kerana sekarang musim sejuk, tempe saya agak lambat menjadi, cuak juga pada mulanya. Tapi alhamdulillah berjaya juga. Seperkara lagi, perasan tak lain ragi akan menghasilkan rasa yang berbeza. Permulaanya saya menggunakan ragi mardi, kemudian saya bertukar ke ragi dari belgium dan yang saya guna sekarang ialah ragi dari kedaiperantau. Saya dapat rasa tempe yang berbeza-beza, tak tahulah pula jika hanya lidah saya. perantaudinegaraorang: Memang betul tempe dikedai cina kurang enak, elok jika penggemar tempe terutama diluar negara belajar cara-cara membuat tempe sendiri.


28-11-2009, zaya komen :

salam atiahas..terimakasih sbb kongsi resepi buat tempe. kite ni wlpun dok mesia tp x reti wat tempe. nk mkn beli jer, almaklum ler senang nk dpt. tp kalu dpt mkn hasil tgn sdiri agi bestkan, agi seronok..resepi dh dpt kena cuba wat ni...


29-11-2009, atiahas komen :

keluargailham saya setuju rasa tempe memang berlainan jika menggunakan ragi tempe yang bervariasi. dengarnya kalau di indonesia setiap daerah ada ragi tempe sendiri dengan flavour tersendiri. yang mana satu kamu suka? zaya kalaulah saya di malaysia, buat tempe berbalut daun rambai ker, daun getah ker, daun pisang ker.. memang terangkat.. hihi..


02-12-2009, keluargailham komen :

atiahas: Saya dan keluarga gemar rasa ragi yang saya gunakan sekarang. saya beli dari orang malaysia di UK ni, kedaiperantau. Rasa tempe yang jadi rasa cam tempe yang kami makan di Malaysia, lemak-lemak umph. Tempat ke 2 saya suka ragi Mardi, cuma tempe tak consistent jadi, tak tahu kenapa. Selepas itu baru tempe dari Belgium. Biarpun cantek hasil tempenya tapi rasanya kurang ditambah pula harga ragi cukup mahal.


05-12-2009, perantaudinegaraorang komen :

saya setuju kata keluargailham, lain jenis ragi akan menghasilkan rasa tempe yang berbeza. tapi apa pun ragi yang digunakan mesti best kalu fresh dan hasil air tangan sendiri. ahaks! terima kasih atas tips food processor tu, memang memudahkan kerja saya memecahkan tempe. tapi kena hati2 kalau terlebih tekan hancus kacang- tak best.


14-10-2011, liza_11 komen :

salam...kak sy cbe buat tmpe ngn duan pisng, kulat tu jd cme daun tu die brpeluh n tmpe tu jd mcm brair...knp ye?...tq


24-07-2012, nurfarah zulaikha komen :

slm... blh tak sesape kongsi macamana rupa ragi tempe? kalo ragi biasa ble pakai tak?


20-03-2013, mustapaemi komen :

Alhamdulillah...setelah melihat cara dalam youtube n resepi ini, sya telah berjaya buat tempe...sya rasa orang melayu pertama di kampung sya dapat buat tempe.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu