oleh: Sharm1969 Kastad Koktel

Dsc00705

Member ofis bagi-katanya kastad koktel kasih sayang


Created on : 15-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Sharm1969




Share


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin susu cair (contoh ideal atau carnation)
  • 1 1/2 tin air (ikut suka samada pekat atau cair-boleh tambah)
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 tin koktel buah-buahan campuran

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan kecuali buah koktel, dimasak atas dapur dengan api yang sederhana.
  2. Kacau perlahan sehingga agak likat sedikit. Masukkan koktel buah-2an dan sejukkan dalam peti ais. (Saya tapis airnya sebab rasaya pada saya dah cukup manis bila dah dicampur dengan koktel tersebut)
  3. Akhir sekali pesanan kawan ofis saya tu, hidang dan makanlah bersama keluarga dengan penuh suasana kasih sayang. Saya juga minta maaf andainya resepi ini ada persamaan dengan resepi lain yang saya tak perasan semasa menelitinya.
  4. Lupa saya nak beritahu, kalau nak lagi sedap, masa makan tambahlah sedikit ais kiub.

Tag

dessert


Laporan Masakan Bergambar (2)

Kasrad_koktel__sharm1969
23-05-2009
buat dessert lps mkn....bbudk lh yg paling suke...sedaaappp... kate diorng...tq sharm... :)
Laporan oleh: kak fida

Tq gak kak fida sebab mencuba dessert ni. Panas-2 ni memang ngamlah ada dessert ni, SEJUK tekak....

Dsc_1205
06-11-2010
yum,yum... memang sedap tp saya x berani nak letak kuning telur tp masih rasanya sedap terutama bila sejuk...
Laporan oleh: jajaextreme

Apa-2 aje ikut citarasa sendiri..janji sodap, thanks jajaextreme..


Komen (3)

15-01-2009, bdkbarubelajar komen :

nampak sedap..esok nak try wat la...hehhehe


16-01-2009, Sharm1969 komen :

Salam, resepi ini lebih kurang sama resepi kak fida-air buah berkastard, maaflah semalam tak nampak.


17-01-2009, ameskay komen :

uish sedap neh! teringat sorang pegawai senior kat opis - dia suka sangat buat kastad nih...tiap kali jamuan jer mesti dia bawak - paling senang katanya!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu