Google+

oleh: junjs11 Dorayaki

Dorayaki

kueh doraemon. anak2 suka..(lupa lah dapat dari mana..internet kot)


Created on : 14-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi junjs11




Bahan-bahan ( 10biji )

  • 120gm tepung serbaguna (all purpose la tu)
  • 175gm gula castor
  • 1/2 sudu teh baking powder dicampur dalam 4-5 sudu besar air
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan campuran air dan baking powder tadi kedalam campuran telur dan gula. Pukul.
  3. Masukkan tepung..Pukul sebati.
  4. Panaskan kuali..(seeloknya guna non-stick pan tu)..sapu minyak sedikit (mcm buat kuih gulung tu). Tuang satu scoop adunan tadi.(ikut saiz yg disukai)
  5. Biar perang sedikit. angkat. Biar sejuk. Akhir sekali isi jem k, kaya k..lapik dua. Sedia untuk di makan..

Tag










Laporan Masakan Bergambar (6)

Dorayaki
18-12-2006
Pagi ni buat sarapan kueh dorayaki untuk anak2. Walaupun macam pan cake tapi sebab kata keuh DORAEMON anak2 pun berebut2 hehehehe Laku!!!! TQ!!!
Laporan oleh: umi_e

welcome umi..budak2 mmg le, hehe..

Dorayaki-toppings
18-12-2006
errmmmm lupa nak sebut... anak2 letak few toppings yang mereka suka and lapik dua... Memang sedap! Boleh buat lagi...
Laporan oleh: umi_e

umi, mmg camtu kueh ni..normally yg jual letak jam/kaya/pnut butter..

Dorayaki2
08-01-2007
sarapan kesukaan anak2! Inti apa2pun boleh - ikut suka selera mereka...
Laporan oleh: umi_e

hmm..rajinnya umi wat ni..bestnyer jd anak2 umi..hehe

Image_00036
12-05-2007
hmm.. ni member try buat.. instead of buat Dorayaki, terus jadik Dorayati (ack: ejat n faa sbb kasi name nie)... Rasa die sedap laa walaupon rupa die agak pelik.. Gne chocolate spread dan kaya sebagai inti.. bestt!! :)
Laporan oleh: noblemien

x per noblemien...jd nama melayu la gitu..hhehe

Dorayaki
13-05-2007
dorayaki my version..Love & Star shape, rasa sedap lerrr..nak buat pun senang...
Laporan oleh: s_shamen

wah..ada bentuk love ngan star..cantik tu..sure budak2 lg suka nak mkn..

160820082143
16-08-2008
Sedap.tapi saya kurangkan gula.
Laporan oleh: ibu_an

Komen (12)

15-12-2006, umi_e komen :

anak2 suka doraemon... kalau buat ni mesti makan kot... kalau tak makan, tak tau lah nak cakap apa hehehehe Insyaallah buat untuk sarapan hujung minggu ni... wait and see ;)


15-12-2006, junjs11 komen :

macam pankek...nanti leh tunjuk ok k x. jun lupa nak ambik gambar..


18-12-2006, julia cutez komen :

akum.yg klik disini utk isi bhn ada apa...??


18-12-2006, julia cutez komen :

sedap gak kuih ni....my hubby pun ske....


18-12-2006, admin komen :

julia.. kalau nak tahu <b>klik disini utk isi bahan</b> tu boleh tengok kat http://www.myresipi.com/help/isiresipi.html <br/> Saya terpaksa delete gambar yg saudari letak diruangan komen ini. Utk pengetahuan sdr diruangan komen bukan utk diletakkan gambar dan gambar yg diletakkan di website ini perlu di upload di website ini. Tidak perlu letak link dr website lain. <br/>Tempat untuk letak gambar di website ini hanya ada 2. Iaitu gambar utk resipi(dr penulis resipi) dan juga gambar laporan masakan(dr org lain yg dah try resipi tersebut). Lagi, gambar yg nak diupload kat website ini perlulah gambar sendiri... tak kisah cantik ke tidak. Cantik ke tidak gambar tu bukan tujuan nya. Tujuan letak gambar hanya utk menunjukkan resipi itu telah dicuba sendiri. <br/> Harap sdr faham konsep website ini. Kalau sdr ada apa2 resipi yg nak dikongsi, jom kongsi resipi di sini. Ok.. tq


18-12-2006, admin komen :

pls tukar gambar ni bila dah ada gambar sendiri nanti. Untuk sementara, gambar resipi ni diambil dr laporan masakan


18-12-2006, alma komen :

ada soklan sket juns11, kwn2 opis i ckp dorayaki = kuih2 yg ade inti kcg merah tu (yg slalu juai kt gerai masa ptg/di psr2 mlm). tul ke?


20-12-2006, junjs11 komen :

jun x sure la alma, x pernah lak jumpa kat psr mlm sini. Biasanya kuih ni ade kat shopping complex nya food court mcm kat jusco. inti dia selalunya jam atau kaya..harga pun leh tahan gak, 1 dalam rm1.50 gitu..


08-01-2007, skyblue komen :

orang putih punya pancake, isikan inti kacang merah = dorayaki. http://www3.airnet.ne.jp/dij/gallery/photo_g/hiroani/photos/dorayaki.jpg


08-01-2007, skyblue komen :

pembetulan... pancake tu ialah kasutera (castella cake), berbeza sikit dari pancake orang putih.


11-04-2010, zanarashid komen :

Dah laki aku teringin nak mkn dorayaki ni kena watlah pas ni..... laki aku mcm-mcm gidam je ni nak kata aku gandung tak gak heee.......... apa2 pun tq....yang empunya resepi ni memang best....


26-10-2011, zalawati komen :

best laaa buat resepi nie modai pun ckit jaa.ari2 buat pun tak paaa


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd