Google+

oleh: Hardlena Nasi Goreng Cina Kampung

Nasi_grg_cina

nasi goreng cina yang lain daripada yang lain.


Created on : 14-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Hardlena




Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Bahan A
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 genggam ikan bilis kecil(size S)
  • Bahan B
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji lada merah/5 biji cilipadi (ikut kepedasan yang disukai)
  • 2 ketul isi ayam (size potong 12 ambil 2 ketul)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 sudu minyak
  • 2 sudu mentega
  • Garam
  • Sayur campur (ikut suka)
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • 3 cawan nasi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga naik bau kemudian masukkan telur dan ikan bilis. Kacau-kacau supaya telur hancur. Goreng hingga ramuan sebati dan pastikan telur dan ikan bilis kering lebih kurang 5-10 minit.
  2. Tutup api kemudian masukkan telur tadi ke dalam nasi putih. Masukkan sedikit garam dan gaul sebati. Ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama tadi cairkan mentega dan tumis bawang merah, bawang putih dan lada merah hingga naik bau dan masak.
  4. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  5. Masukkan nasi yang dicampur dengan telur tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan sayur campur dan kacau.
  6. Masukkan sos tiram, pati ayam dan garam. Kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan. Tabur dengan daun sup dan bawang goreng untuk hiasan.

Tag

nasi









Laporan Masakan Bergambar (2)

Dsc04872_resize
14-01-2009
salam. ni dah try buat mkn mlm... sdp & sempel je ,pekena pulak dgn otak2 sardin dari resepi K.fida mmg terangkat heeeee TQ
Laporan oleh: shafea

thanxs shafea sudi mencuba.. act klu nk lebey sedap makan ngan sambal belacan br terangkat hehe

Dsc04393
27-04-2013
buat bekpes tadi..best! mekasih ;D
Laporan oleh: k.zila66

Komen (9)

14-01-2009, miazahira komen :

hai hardlena bape byk nasi diperlukan lupa letak kot he he he


14-01-2009, jann komen :

kiranya 2 x tumis ye


14-01-2009, lovely_josil komen :

sorry.. think nama untuk recipe ni agak sensitif.. nasi goreng CINA MELAYU.. rasanya ada tertinggal satu perkataan.. stail..


14-01-2009, Hardlena komen :

to miazahira hehe.. sory terlupa plak. act sy dh add sukatan utk nasi. to jann xde la jann.. resepi ni tetap menumis jgk. to lovely_josil opss sory klu tersensitif.. sy x maksudkan apa2. now sy dh tukar tittle tu.


14-01-2009, dayang_jack komen :

nasi favorite...nanti nk try resepi ni plak...thanks, Hardlena.


17-03-2009, howt komen :

sedap ..;)


24-12-2010, wafiy top chef komen :

must do it..


28-02-2011, alongsaga komen :

aku mst test resipi ni...


06-12-2013, ikhwaniskandar komen :

sedapnye...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd