oleh: quinnie Dadih laici berkuah

Dadihl

mudah dan sedap..


Created on : 13-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi quinnie




Share


Bahan-bahan ( anngaran 40 keatas )

  • 1 paket dadih perisa laici (yg dah siap punya ada jual kat kedai...cap yg paling sedap..brand happy grass)
  • 1/2 kotak fresh milk (500 ml)
  • 2 1/2 liter air
  • 1 tin susu cair ( 400 ml)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 tin laici ( kalau nak letak banyak boleh tambah lagi)

Cara-cara

  1. masak air hingga didih. selepas air didih masukkan gula.
  2. kemudian masukkan susu cair dan susu segar. biar dalam 1-2 minit. hanya untuk panas kan saja susu tu.
  3. selepas susu dah panas, tutup kan api dan masukkan dadih segera tadi. kacau2 selama 5 minit.
  4. akhir sekali masukkan gula dadih segera dan kacau2 sekejap, kemudian tutupkan api.
  5. masukkan dadih kedalam bekas. saya guna bekas saiz kecil. biarkan dadih sehingga ia mengeras.
  6. sementara itu, asingkan laici dan jugak kuahnya.
  7. cerai-ceraikan buah laici tadi menggunakan tangan.
  8. apabila dadih dah mengeras, letakkan sedikit buah laici diatasnya. kemudian sudukan 1/2 atau 3/4 air laici kedalam bekas tadi. buat sehingga habis.
  9. bila dah siap. masukkan semua dadih tadi kedalam peti ais. bila dah sejuk..boleh la dimakan.
  10. nota: kalau nak guna dadih brand lain pun boleh jugak...tapi jgn letak susu segar tu sebab nanti dia terlebih rasa susu...guna ikut sukatan kat belakang paket tu je ( 3 liter air dan 1 tin susu cair)

Tag

dessert


Laporan Masakan Bergambar (1)

Laici
13-01-2009
sesuai utk dibuat dessert jamuan2 atau makan2 sendiri kat rumah.
Laporan oleh: quinnie

Komen (9)

13-01-2009, baya74 komen :

salam quinnie. dadih u tu ada perisa x? atau perisa laici? kt dlm smpanan sy ada perasa grape je. laici , susu ada stok, dadihnya aje mcm x sesuai. nk kena gi beli nih.


13-01-2009, quinnie komen :

guna perisa laici baya....sat saya edit...lupa la pulak...kekekke


13-01-2009, baya74 komen :

pagi2 ni lupa plk eh? cuaca panas cam ni mmg sedap mkn dadih sejuk2. hajat ati nk buat dadih ari ni. nmpk resepi ni terus bkenan. tp tu la perasanya x kena plak.


28-03-2011, syaz92 komen :

40 keats apa?? bekas kew orang?


28-03-2011, syaz92 komen :

fresh milk mmg kne letak kew? buah msukan skali smsa tngah mmsak blh x?


30-03-2011, quinnie komen :

sya 40 keatas tu maksudnya 40 bekas yg kecik2 tu...fresh milk kalau letak dia lagi sedap..kalau tak nak letak pun tak pe...tapi saya dah edit skit kuantiti fresh milk tu...guna 500ml je...so air kena la tambah jadik 2500 ml....buah kalau awak masukkan sekali boleh jugak...ikut suka la...tapi saya lagi suka tabur kat atas dia sebab boleh bahagikan sama rata tuk setiap cup..lepas tu curahkan kuah laici tu kat atas dadih...lagi sedap makan cam gini...tak dek la rasa cam puding laici yg biasa..


12-04-2011, along_ayla komen :

askum quinnie ,, kla dri syle awk bt laici tu awk letak atas dadih tu d kira mcm toping nye lha kn ??? kla msuk kn laici tu sblm dadih tu mderas blh tk ???


30-08-2011, quinnie komen :

along_ayla..sorry lambat balas...tak boleh letak sebelum mengeras sebab nanti dia bercampur dgn dadih lak kuahnya....sekejap je kalau nak tunggu pun...letak la air kat bawah bekas dadih tu..biar cepat sejuk/keras skit...air laici tu utk topping je...


26-12-2011, virgo_aiza komen :

saya baru nk belajar buat dadih.selalu sy buat ikut je resepi kt plastik serbuk dadih tu.lg pn mkn utk sendiri je.baru2 ni permintaan dr kk ipar,suruh sy buat dadih utk kenduri tahlil.so nk wat yg tersedap la kn..cari punya cari,try resepi quinnie,alhamdulillah...ramai yg puji sedap n habis 200 cup yg kecik2 tu...resepi mmng ikut sebijik resepi ni,cuma xtaruk buah je.hubby mmng xsuka dadih,tp kali ni dia suka,yg perasa keladi.mmng sedap...time kasih quinnie...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu