Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Terubuk Masin Goreng Garing

 Submitted By On 12 January, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

salah satu resepi ikan terubuk kegemaran...sgt sesuai utk hidangan tengahari dan juga makan malam. Garing dan sedap dimakan ketika panas2 lg dgn nasi panas...pasti bertambah2...bg sesape yg belum pernah mencuba tp teruja, silalah cuba...

Ingredients
  • 1 ekor ikan terubuk masin (saiz M)
  • 2-3 sb tepung jagung
  • 5 biji cili api (dihiris)
  • 4 biji limau kasturi (dibelah dua)
  • minyak utk menggoreng
Instructions
  1. Ikan terubuk dipotong bbrp kepingan (ikut suka) dan direndam terlebih dahulu (10-15 minit) utk mengeluarkan garam yg berlebihan.

    IMG1740A.jpg
  2. Kemudian ikan dicuci bersih dan dilap kering. Salutkan dengan tepung jagung. Biarkan seketika.

    IMG1743A.jpg
  3. Panaskan minyak dengan api perlahan. Apabila sudah panas, masukkan ikan satu persatu dan goreng sehingga betul-betul garing (goreng lama sikit tp jgn sampai hangus).

    IMG1745A.jpg
  4. Apabila sudah masak, angkat dan toskan. Susunkan ikan di dalam pinggan hidangan. Perahkan limau kasturi dan taburkan hirisan cili api di atasnya.

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All