Google+

oleh: jeezy Daging Merah Ala Thai

Dgg

Resepi ni saya mintak kat tokey restoran. Nasib baik laa dia tak kedekut ilmu..


Created on : 11-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi jeezy




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara

  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

Tag

daging









Laporan Masakan Bergambar (18)

Dsc01783
23-01-2009
:) sedap... i letak tomato ngn sikit halia...
Laporan oleh: IR_Rina

boleh aje nak pelbagaikan rasa..

Daging_masak_thai_style
12-02-2009
sedap, mmg rasa yg macam kat kedai..
Laporan oleh: nor_67

wahhhh.. dah jadi lagi cantik dari saya punyer nih.. bagus..bagus..

144
20-07-2009
mmg sedap ...tq for d ez n yummy recipe
Laporan oleh: junjs11
D2
25-07-2009
simple n sedapp.. tq tuan punya rspi for sharing..
Laporan oleh: zana08
Img_8216
27-07-2009
lum sempat rasa lagik tp cam dh tau sodap! hihihi...... mekacih yer!
Laporan oleh: hana6877
P7270650
27-07-2009
kwn2 kat atas semua dh try, saya pon try gak, tp guna ayam, semua angkara Hana lerrr pasal dia yg goda saya masa puasa siang td... hehehe takut kempunan jd la ayam merah ala thai.. 10Q jeezy.. sedap!!!
Laporan oleh: waheedeana
Daging_merah_ala_thai
13-09-2009
buat lagi .. sedap!!
Laporan oleh: nor_67
Daging_merah_ala_thai
15-09-2009
mmg sedap...
Laporan oleh: sunkist
P1050432
02-11-2009
Marbelesssss...sedap..thanks..
Laporan oleh: enas_eryna
Imag0013
16-08-2010
salam..anak2 mcm tak percaya akk buat, siap tanya mama beli ke..mmg best sangat, tq ya
Laporan oleh: rosaliza
Dsc_0010a
07-12-2010
dh byk kali buat tp baru kali ni nk amik gmbr.. mmg sedapppp...
Laporan oleh: erynnzul
Dagingmerah
24-02-2011
dah try...mmg best.... leh ler wat slalu...hehehe
Laporan oleh: haidirina
Dsc03149
23-05-2011
Sodap... bagi 5 bintang : ) Lain kali blh buat lg..
Laporan oleh: zalieda_a2
Dsc00935
24-05-2011
ini la hasilnya... sedap.. dan simple utk dimasak cuma saya tak buh sos ikan sebab xde.. (sos ikan nak beli kat ner.. yg dok baca semua dari thailand je)
Laporan oleh: ishahibr
Butir_nangka_kaleful_041
18-08-2011
assalam mmg sedap sangat dgg merah ni, tq
Laporan oleh: rosaliza
Dgg
07-06-2012
Cube resepi ni untuk lunch tadi.. sangat2 sedap.. buat pun simple je.. kejap je dah masak.. terima kasih kongsi resepi.. :))
Laporan oleh: inahaireina
Photo-0367
08-08-2012
mmg best..my mom puji :)
Laporan oleh: sara.comey.16
Dsc07310
01-10-2014
utk dinner semalam, sedap! bole wat lagi heee..time kasih share :)
Laporan oleh: k.zila66

Komen (14)

12-01-2009, quinnie komen :

sedap ni...saya kalau nak makan daging merah ni selalu kena beli kat kedai..lepas ni boleh cuba buat sendiri pulak....


12-01-2009, lydia_myvi komen :

hi jeezy..wah nmpk sedap la u punya daging merah ala thai..i dah byk kali try resepi nie..tp my mum punya version la..dia mmg suka masak ala thai nie..jeezy, version saya saya blend kan cili merah + cili padi..x pakai cili giling..lg kick..n then tumis sekali daun selasih/basil..mau x terangkat..x lupa juga letak serai yg telah dititik..


13-01-2009, ayus komen :

sedap ni... mkn ngan tomyam sure best kan.. :)


14-01-2009, RED komen :

sedap dan boleh gunakan resipi untuk berniaga da. minta kebenaran.


15-01-2009, jeezy komen :

salam lydia_myvi, no problem punye.. nk ejas bg lagi pedas pun boley.. mengikut citarasa masing2. biasa kat warung thai tu dorang ketuk2 je cili api main campak2.. RED nak bisnes ya.. no hal punyer. silakan..


12-02-2009, MJD komen :

Mcm mana nk buat daging tue tepi2 dia warna merah ya...nak kena rebus ngan apa? thanks :-D


12-02-2009, MJD komen :

Mcm mana nk buat daging tue tepi2 dia warna merah ya...nak kena rebus ngan apa? thanks :-D


12-02-2009, nor_67 komen :

rasanya masa rebus tu, titikkan pewarna merah dlm air tu MJD, bila dah empuk baru potong nipis2.. so jd laa tepi dia warna merah.. tu utk daging masak merah kan..


07-03-2010, sweetapples1111 komen :

thailand style memg daging lembu tu derang rebus dlu.pastu bru greng+sos dsbgnye..tu yg wat mabless


07-03-2010, sweetapples1111 komen :

kt thailand derang rebus + sos tomato derang pnye r..tu yg jd tepi2 kaler merah..


10-05-2011, eiydda komen :

dah selalu buat daging merah tp x pernah lak goreng daging 2 dulu... ptg ni nak cuba resepi ni... daging merah ni fov anak2. g mkn kat kedai mesti diaorg order dgg merah. nak cari resepi yg plg sedap....


18-05-2011, mama72 komen :

jeezy...tq for the recipe...simple saja dan sedap sehingga menjilat jari..anak2 cakap "Tak payah dah nak beli dari kedai..mama pun dah pandai masak"..rasa banggalah pula..heheehe..blhlah masak selalu


24-05-2011, UmmuJabir komen :

saya nampak macam daging tu dibakar / dikeringkan atas kuali . baru dipotong nipis. pasal tak nampak daging tu beminyak. boleh betulkan ???


02-01-2014, Snur komen :

Next time nak try rspi ni pula..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd