Google+

oleh: hanniaziz Pizza Gebu

02012009_008

Pizza mudah. Resepi tiru kawan-kawan bloggers dengan beberapa pengubahsuaian.


Created on : 10-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi hanniaziz




Bahan-bahan ( 8 orang makan )

  • 250 gm tepung gandum/roti
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh yis kering/mauripan (campur 1/2 cawan air suam, biar hingga kembang)
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1/2 biji capsicum hijau dan merah (topping)
  • 4 batang sosej dipotong bulat nipis (topping)
  • 1/2 biji bawang besar didadu (topping)
  • Serbuk oregano, sos pizza dan keju mozzarella

Cara-cara

  1. Gaulkan semua bahan kecuali yis
  2. Masukkan yis sedikit-sedikit sambil menguli.
  3. Uli hingga doh menjadi lembut & licin tak melekat di tangan. Tutup dengan kain lembab dan ketepikan hingga naik 2 kali ganda.
  4. Tumbuk doh untuk buang angin dan canai membentuk bulat seperti pizza biasa.
  5. Cucuk permukaan doh dengan garfu. Sapukan sos pizza kemudian letakkan bahan topping mengikut citarasa.
  6. Akhir sekali taburkan serbuk oregano & keju mozzarella dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 min.

Tag

pizza









Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc05393_resize
10-02-2009
salam ..hai akk dah try buat sdp...tabur je apa nak taruk ..roti lmbut...TQ sharing resepi :-)
Laporan oleh: shafea

wkslm. tahniah shafea. sedapkan. yg shafea buat pun amat menggoda tu

Dsc00741
15-08-2009
Salam hanniaziz, buat untuk makan tengahari ini. Menunaikan permintaan anak no. 1, dah lama dia minta tapi ibu sibuk memanjang buat kek katanya. He he he pandai betul anak-2 sekarang saiko ibu bapa. Tak kisahlah janji dah buat. Lembut rotinya, tak letak banyak keju. Tq
Laporan oleh: Sharm1969

Wkslm Sharm1969. Tahniah sebab pizza sangat menjadi. Kalau anak-anak suka boleh dibuat lagi.

Dscn2519
28-09-2011
mmg gebu.. sedap.. dh tak payah beli kat kedai.. tq resipi.
Laporan oleh: rohanideraman

Komen (8)

12-02-2009, Bbzuniey komen :

ai hanniaziz, sy nk tnye..nape kene cucuk cucuk permukaan doh ngan garfu?..n cmane nk cucuk die?... bleh x u isi pic tk step2 die?...


15-08-2009, zachoes komen :

Hanniaziz, sy tlg jwbkn ek? Bbzuniey, kalau tak silap sy kena cucuk2 permukaan doh sebab tak bg dia gelembung masa memasak. Sbb sy nah terlupa nak cucuk2 pastu bila masak dia naik membukit. Habis topping slide ke tepi. Huhu...


11-02-2010, ebiraf@yahoo.com komen :

salam...boleh minta izin nak try piza gebu ni..tak..actually nak suruh my wife..buat..la


02-03-2011, scoot komen :

hr ahd bru ni sy dah try bt menjadi la gebu lg......


19-09-2011, sweet_girl komen :

nak tyalah serbuk oregano tu mcm mana yek?klu x taruk serbuk oregano tu boleh x?klu nak bakar pizza nie guna api atas je ke @ api atas bawah...ada sesiapa tolong jawapkan x..


29-09-2011, izzann komen :

minyak zaitun boleh tukar dengan apa ya?


02-10-2011, ross84 komen :

sweet-girl serbuk oregano awk blh cr kt pasaraya.bhgian rmph. saya pkai api ats n bwh je....ok jg.


23-11-2011, makes friend komen :

ape fungsi minyak zaitun? klu ganti ngan minyak masak boleh x?thanks hanniaziz.harap boleh bg respon


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd