oleh: fendi Souffle cheese cake

Cheese_cake

kek keju


Created on : 28-05-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g Philadelphia cream cheese
  • 50g mentega tanpa garam
  • 80g gula halus
  • 3 biji telur -asingkan kuning dan putih
  • 80cc fresh cream
  • 2 sudu kecil jus lemon
  • 40g tepung roti
  • 40g dry fruit
  • sedikit gula aising untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul cheese dan mentega sehingga kembang dan masukkan separuh gula dan pukul lagi
  2. Masukkan sebiji demi sebiji, diikuti dengan fresh cream dan lemon jus
  3. Masukkan pula tepung roti dan gaul sehingga sebati
  4. Dalam mangkuk lain pukul telur putih dan gula yang separuh lagi sehingga kembang. (Bila diterbalikkan telur tak jatuh)
  5. Masukkan dry fruit ke dalam telur putih dan kacau sebati
  6. Masukkan adunan telur putih ke dalam adunan pertama tadi. Gaul sebati.
  7. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 40-45 minit. Loyang tu mestilah diletakkan dalam dulang yang berisi air
  8. Setelah masak. Ayaklah gula aising ke atas kek tadi

Tag

kek cheese




Laporan Masakan Bergambar (7)

Cimg1798a
21-03-2007
seap tp tak letak fruit mix.. tapi oklah kurang gebu sikit... tp mmg lazat
Laporan oleh: princessharyati

i pun kadang2 x letak mix fruit

Souffle_cheesecake
25-05-2007
sedap, lembut & gebu. mcm melt in ur mouth gitu.tp saya pakai loyang kecik so kek jadi nipis and saya gantikan fresh cream dgn yoghurt & tak letak mix fruit.nevertheless, ttp sedap.thanks!!
Laporan oleh: harnisafarina

oo iye ke.. lain kali nak try guna yoghurt juga..

100_0815
14-08-2007
sedap! tQ
Laporan oleh: beancurd
Cheese_cake
01-11-2007
sedap, lembut dan gebu.. tq
Laporan oleh: shada
Picture_1948
04-12-2008
hmmmm...mmg sedap..tq fendi
Laporan oleh: junjs11
Dsc05895
23-12-2008
best ciskek ni... dah banyak kali buat.. baru letak gamba.. hehe... siap org tempah lagii heheee.. tq bagi resepi ni..
Laporan oleh: suha
Photo403
24-12-2008
1st cake yg dicuba buat oleh ank...sukses juga lah :p
Laporan oleh: k.cik

Komen (42)

09-08-2006, yuichiro komen :

nak tau la... letak fresh milk ke fresh cream? mana satu ni? ke dua dua skali nak guna?


09-08-2006, fendi komen :

ler.. tersilap rupanya. thanks yuichiro. Sebenarnya hanya fresh cream yg digunakan.


01-09-2006, nani komen :

fresh cream tu apa?


01-09-2006, nani komen :

fresh cream tu apa?


04-09-2006, hani komen :

800 cc fresh cream tu ape? apa maksud cc?


04-09-2006, yani komen :

hani.. cc=ml


09-11-2006, drhaslina komen :

macamana nak adjust suhu dan masa pada microwave convection(national)? boleh ke kalau tekan je pada gambar kek supaya dia akan automatik masakkan kek kita? boleh guna bekas besi ke untuk masak kek dgn microwave??


09-11-2006, drhaslina komen :

kalau tak bubuh dry fruit boleh ke? anak2 suka plain cheese cake aje!


09-11-2006, fendi komen :

drhaslina.. tak tahu nak kata apa.. tak pernah masak guna microwave, tapi try la.. microwave dgn bekas besi memang takleh.. kena ganti dgn bekas kaca.. atau apa2 bekas yang sesuai utk microwave... tak bubuh dry fruit pun takpe.. kekadang i tak bubuh pun


13-11-2006, drhaslina komen :

mentega, fresh cream and tepung roti brand apa paling bagus? telur tu gred A atau yang biasa jual kat supermarket ?(10 biji RM2.00)


14-11-2006, inaz komen :

saya dh cuba menjadi cuma semasa bancuh gula + putih telur tak berapa nk kembang telur sikit sgt.


26-11-2006, drhaslina komen :

kalau tak de fresh cream, boleh ganti dgn yogurt ke?


26-11-2006, yani komen :

drhaslina.. tryla letak yogurt.. rasanya ok.. pernahlah tengok resipi cheesecake yg tak letak fresh cream tapi diletaknya yogurt.. dan rasanya kek yg diletakkan yogurt ni rendah kalori kot kan dr.. kalo dibandingkan dgn fresh cream...


29-11-2006, inaz komen :

yani....fresh cream & whipping cream ape berbezaanya


08-12-2006, noyah komen :

Saya nak jawab pertanyaaan drhaslina ttg microwave tu. Saya mmg guna microvave yg genius tu....boleh set conventional mode... Senang aje ....you set conventional pas tu ...akan kuar temperature 150 degree ...so tekan lagi akan kuar 160 .... u tekan la sampai brp u nak. Pas tu tekan start.... then set timer.. la just jwb je saolan dia. kalau x dpt i ajar u sampai paham...ok


26-12-2006, baybeelyna komen :

Nk tanya skit, kek ni boleh guna cara kukus ke??


22-03-2007, rafiza komen :

nampak sedap jerk kek ni!huhu..nak try le!


03-04-2007, awin.ghani komen :

saya dah cuba tapi tak gebulah...saya tak dapat cari tepung roti tu. Ape jenama tepung roti tu??? Terima kasih...


24-07-2007, ain_nur komen :

tak penah buat tapi penah makan..fuhh sedap..rasa nak makan satu loyang jer..


01-11-2007, shada komen :

salam semua, sy ahli baru kat sini.. dah cuba buat semalam cheese kek feveret sy nie tp x letak fruit sedapp... TQ pd penyumbang resepi.. kebetulan dlm fridge ada balance bluberry sy cover utk topping.


22-11-2007, wani.ilhani komen :

salam.sy nk tnya,sy skang kt oversea.tepung roti tu blh gnti ngan tepung laen x?xtau nk beli tepung roti kt mn...


23-11-2007, Lilydvalley komen :

waniilhani, tepung roti=high protien flour.


23-11-2007, Lilydvalley komen :

waniilhani, oberC, kat mana?


06-12-2007, wani.ilhani komen :

lilydvalley,sy kt dublin,ireland..tenkiu bgtau tepung roti tu..blh try wat..=)


31-03-2008, Rodiahemir komen :

kalau tukar dry fruit ngn fresh fruit boleh tak


03-07-2008, aku dan dye komen :

allo, ley mintak tolong???? sy owg baru cari kan mber satu kepala gan sy sy dak bakery lorh uhhuhuhuhu


01-08-2008, ummi 74 komen :

mmm......sedap sgt..mcm kat bakery plak...anyway tq....my hubby ckp sedap..anak2 i pun suka....


01-08-2008, ummi 74 komen :

tp i tak bubuh fresh cream....ganti ngan yogurt


19-10-2008, amyley komen :

i nak coba tpi bahan blom ckp x jmpa tpg roti n fresh cream.next week msti kta buat he he..


17-11-2008, rozegurl komen :

nak tanya ckit. blh tk ganti tpg roti dgn superfine flour?


05-12-2008, fubai komen :

rozegurl, kat giant ada. try la cari kat bahagian cheese. musti ada terselit. tapi tgl expired date dlu. penah gak beli kat giant tapi dah expired. maybe sbb x ramai beli kut. so skang ni pegi kat kek buat kek saja. sume ada..


13-12-2008, ayuruhaiza komen :

nak tnyalah,,,leh x klu kita kukus je bancuhan kek ni?


03-01-2009, dsally komen :

u.... fresh cream dengan whipping cream tu same ke


07-03-2009, syida1206 komen :

ley tnyer x??philadelphia tu ape??


07-03-2009, pinky75 komen :

philadelphia tu jenama/brand cheese le,utk buat cheesecake kena guna cheese tu,ade jual kat pasaraya,banyak...


11-06-2009, asamkelubi komen :

Boleh guna butter biasa tak...


08-08-2009, zai70 komen :

Boleh ke kalau bakar dalam oven biasa. Oven Butterfly yg buat bakar biskut raya tu. Mcmana nak elak bahagian atas kek hangit


10-08-2009, mirrsoul komen :

remind me of Japanese cheesecake.this one bake using "Bain marie" style tp roasting pan takde la.kalau letak crumb base then bakar cara biasa boleh tak?


23-08-2009, sherryna komen :

fendi, nape ye my cake shrink ckit bila dah kluar dr oven. bila dah masak biarkan cake sejuk dlm loyang inside the oven or kluarkan?


26-10-2009, izagee komen :

bleh ke bakar kek dalam dulang yang berisi air? tak meletup ker oven I?


26-11-2009, cintamutiara komen :

tpg roti blh di tukar dgn tepung gandum yak??


26-11-2009, cintamutiara komen :

izagee,oven tak meletup la...just letak dulang yang bubuh kek,didalam dulang yang lebih besar berisi air.macam double boil la...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu