Google+

oleh: kak.erra Serunding Ayam

Serunding

Resepi bonda kat kg, sowri gambar tak brapa ok. Tapi serunding ni kak erra dah byk kali buat boleh kata setiap kali raya. Termasuk CNY juga.


Created on : 07-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi kak.erra




Bahan-bahan ( Berhari-hari boleh makan )

  • 1 kilo isi ayam (beli kat ayamas) atau seekor ayam(ambil isi shj)
  • 1 kilo santan
  • 3 genggam jintan kasar
  • 3 genggam ketumbar
  • 0.5 kilo bwg besar
  • 10 ulas bwg putih
  • 2 senduk gula, garam secukup rasa
  • 5 senduk cili kisar -kalau suka pedas sila tambah sendiri
  • 2cm halia
  • 1 paket kerisik( harga rm2.00). kak erra selalu buat sendiri pakai sebelah kelapa
  • Minyak untuk menumis
  • Secawan air asam jawa, kalau tak asam keping pun boleh
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Rebus isi ayam sampai empuk dan boleh disiat-siat halus(makan masa juga ni)
  2. Isi ayam yg telah disiat ditoskan
  3. Blendkan bwg merah, bwg putih dan halia - ready utk tumis.
  4. Jintan dan ketumbar disangai (goreng tanpa minyak) seterusnya diblend kasar-kasar sedikit, hancur sangat tak sedap.
  5. Tumiskan bwg tadi bersama cili kisar, biar garing sebentar
  6. Masuk pula jintan dan ketumbar yg telah diblend
  7. Masukkan santan
  8. Kacau sebati dan masukkan isi ayam tadi, masukkan garam, gula, dan kerisik
  9. Last masukkan air asam
  10. Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 3 jam. Sampai garing baru angkat. Boleh makan dengan nasi atau roti juga. Hari Raya makanlah dgn ketupat.









Laporan Masakan Bergambar (1)

Image
04-07-2014
nk menghabiskan roasted chicken yg jiran bagi. lalu terjadilah serunding ayam ni! lama nk masak serunding ayam ni tapi hasilnya memuaskan. Alhamdullillah.. tk sia2 kelentang kelentung kat dapur! maceh kak.erra.
Laporan oleh: black1205e

Komen (3)

25-10-2009, fadilla_06 komen :

nak cubalah buat, mcm sedap jer nie kak, tq


04-10-2010, ice_fifa komen :

sy dh cuba resepi nie masa raya bru2 nie, menjadi n mmng sedap! kejap je dh abis.. tq kak erra!


16-08-2012, fardyna.iyna komen :

wow mcm best jer nk test laa,tp msk ngan mak laaa hehehe :>


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu