oleh: sitimariam Rosemarry Lemon Chicken Grilled

No picture

Resepi mudah sangat,tak banyak bahan yang diperlukan...sedap pun sedap sesuai untuk yang berdiet..


Created on : 14-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sitimariam




Share


Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 1 ekor ayam sederhana
  • 2 biji lemon
  • 3 sudu rosemarry (kering,blh dibeli dikedai)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.
  2. Selepas itu ambil lemon yang direbus tadi cucuk cucuk kan dengan garfu dan sumbatkan lemon tersebut didalam ayam tadi.
  3. Bawang putih ditumbuk bersama rosemarry sehingga lumat.
  4. Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi dengan minyak zaitun dan sedikit garam.
  5. Lumurkan bahan yg digaul tadi pada ayam dan biarkan selama 15 minit sebelum dibakar
  6. Bakar dalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak.

Tag

ayam


Laporan Masakan Bergambar (12)

Rosemary_chicken_2
20-05-2007
Terima kasih Sitimariam... resipi nih memang best! sedap!
Laporan oleh: DianaA
Rosemary_chicken_4
20-05-2007
ini pula D hidangkan dengan mashed potato, coleslaw dan kentang and karot yang dipanggang... :D
Laporan oleh: DianaA
Chicken_roasted_with_lemon
12-03-2008
senang jek nk buat..sedap makan ngan BBQ sauce :D
Laporan oleh: tulip77
Myresepi_ayam_rosemary
23-09-2008
terima kasih sudi kongsi resepi ni..sehingga menjilat jari..nyum nyum
Laporan oleh: mummy danish
Ayam
06-11-2008
Dah lama buat, time bulan pose ari tuh..skrang baru nak tepek gambo. Sedap sangat! resepi yg mudah dan ringkas..hubby pun suka!
Laporan oleh: nanyadifah
Img_1084
18-11-2008
eheheh..bru wat tghr td..
Laporan oleh: jacaranda
Img_2808
08-06-2009
saje letak byk2 potato..=)
Laporan oleh: jacaranda
Dsc02268
27-11-2009
Salam Eidul Adha buat Siti Mariam, buat masa adik n SIL datang berkunjung kerumah pada petang Ahad lepas 22 Okt 09. Makan dengan nasi mandhi n berkuah sup ayam pencen..TQ
Laporan oleh: Sharm1969
Dscn5060ee
28-03-2011
Alhamdullilah..tqvm Sitimariam..sedap, moist sangat-sangat..paling sedap bila makan dengan sos cicah keropok tu..yummmy ^_^
Laporan oleh: sue_ginola
170213_1576853182016_1256210716_31273570_4792676_o
28-03-2011
sedap..jamie oliver thumbs up!
Laporan oleh: kakngahcun1
Img_9567a
05-05-2011
bli daun rosemary semata2 nal buat ni. hmmm best makan ngan segala pelakun tambahannya!
Laporan oleh: Kak Rosenah
Dscn6130ee
24-07-2011
Cuba buat kali ke-2..tapi kali ni guna ayam yang dah dipotong2...still sedap!!TQ...^_^
Laporan oleh: sue_ginola

Komen (8)

12-02-2007, Ayu61279 komen :

hm...sama mcm resepi dlm rancangan masakan oliver twist


20-05-2007, DianaA komen :

Resipi ini ramai yang telah mencuba... D pun tak nak ketinggalan rasanya memang sedap walaupun bahan2nya simple... ayam yang telah dipanggang lembut dan very moist... D promote nih.. cubalah.. sesuai untuk hidangkan kepada keluarga..


12-03-2008, tulip77 komen :

ni resepi dr jamie oliver :D simple jek nk buat


18-05-2009, atiedotcom komen :

yummy yummy.. dah 3 kali buat hubby n friends.. semua suka mkn..


19-05-2009, merpati_lurve komen :

siti.. i xpaham lar cara2 nO 2 tue.. lemOn tue rebus xyah nk pOtOng dl ke? n then lemOn dmasukkn ke dalam ayam.. ayam tue dbelah dulu ke cmner? tlg terangkn lebih detail.. thanx


21-08-2009, ayib03 komen :

rosemary tu apa ye..saya ni jarang masak..klu gi kedai runcit ada ke


11-01-2011, nasimah komen :

suhu bakar ayam brape ek?


06-03-2011, makanan komen :

Wah... nk cuba lah. sebab ank2 sya suka mkn aym.terima kasih yee..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu