Google+

oleh: ning5044 Udang masak buttermilk

Dsc01251

one of my favourite recipe.. sorry kuantiti bahan i just agak-agak jer...


Created on : 05-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ning5044




Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 500g udang (dibuang kulit & saraf kat belakang dia tu) - supaya bentuk udang tu nampak cantik je bila goreng nanti...
  • 80g tepung jagung
  • 40g tepung gandum
  • 150ml susu cair
  • 3-5 helai daun kari
  • 3 tangkai cili hijau
  • minyak untuk menggoreng
  • garam & ajinomoto
  • gula
  • bawang putih (ditumbuk)
  • halia (ditumbuk)
  • 2 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Perap udang yang telah dibuang kulit bersama garam, bawang putih, & halia yang telah ditumbuk. Perap selama 30 minit di dalam peti sejuk.
  2. Campurkan tepung jagung & tepung gandum. Setelah itu, panaskan minyak.
  3. Lumurkan campuran tepung tadi keatas udang & goreng sehingga masak. Toskan minyak apabila sudah masak & abaikan.
  4. Cairkan butter & tumis bawang putih & daun kari sehingga naik bau.
  5. Setelah itu, masukkan susu cair & cili hijau yang telah dihiris kecil-kecil.
  6. Tambahkan garam, ajinomoto, & gula sebagai perasa. Tunggu sehingga sos mendidih.
  7. ** Untuk memekatkan sos, campurkan 1/2 sudu besar tepung jagung bersama 1 sudu besar air & tuangkan ia ke dalam sos. (Jangan terlalu banyak, nanti jadi terlampau pekat).
  8. Apabila sos sudah masak, tutup api & tuangkan sos keatas udang yang telah digoreng tadi.

Tag

udang

Laporan Masakan Bergambar (2)

Image054
15-01-2010
udang posing sblm dicurahkan sos...hehe
Laporan oleh: ati_hayat
Image050
15-01-2010
setelah dicurahkan sos...dh buat bru parasan xde tepung jagung, so cair lah kuahnya, tp sedap...mmg b'lemak rasanya...yummy, tp xblh nk ngadap. hehe
Laporan oleh: ati_hayat

thank you sbb sudi mencuba



Komen (5)

05-01-2009, arera komen :

nk tanya..bila yer masanyer nk letak susu tu


05-01-2009, arera komen :

ooo..ok..pas antar komen.baru perasan...


06-05-2011, saifulatiqah8288 komen :

kak ning.. tima kasih yew share resepi..sedappppppppppppppp sgt!!two thums up!!!! hubby balik kije trus curi pinggan udang bawa lari.. xsempat nak curah sos !!!hahah sorry ga,mbar tak sempat upload dah habis!!


28-08-2011, kudier87 komen :

wau nak tryle...mcm sedap ja...


11-12-2011, chef.najib komen :

best...sedap tak terkata


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd