Google+

oleh: dayang_jack Kentang Bakar Berkeju

Img1619a

resepi mudah dan sedap. sesuai utk dihidangkan ketika sarapan pagi dan bila2 masa shj.


Created on : 04-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dayang_jack




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 5-6 biji kentang (dibersihkan dan direbus dgn sedikit garam)
  • 1 sudu besar mentega
  • 70-100 gm keju parut
  • 1/2 sdt lada sulah
  • 1 ulas bawang putih (dibakar dgn kulit, kemudian dikupas dan dicincang halus) - optional
  • daun sup (dicincang) -optional
  • secubit garam
  • kertas foil

Cara-cara

  1. Img1602a
    Panaskan oven dengan suhu 180C. Kentang yang telah direbus bolehlah dibelah dua atau dipotong mengikut kreativiti sendiri.
  2. Img1603a
    Keluarkan isi kentang dan letak di dalam satu bekas. Kulit kentang jangan dibuang.
  3. Img1604a
    Lenyek-lenyekkan isi kentang sehingga hancur. Kemudian masukkan mentega, lada sulah, sedikit keju parut, daun sup dan garam. Gaulkan rata2.
  4. Img1605a
    Kemudian masukkan semula isi kentang tadi ke dalam kulit kentang. Balutkan kentang dengan kertas foil dan susunkan di atas dulang pembakar. Bakar selama 10-15 minit.
  5. Img1608a
    Keluarkan kentang dari oven dan taburkan lebihan keju parut dan bakar semula sehingga keperangan.
  6. Img1611a
    Setelah masak, keluarkan dari oven dan hidangkan.









Laporan Masakan Bergambar (2)

Kentang_bakar_berkeju
08-01-2009
buat utk lunch semalam. x guna kulitnya sbg mangkuk tapi guna foil utk jadi mangkuknya. sedap!
Laporan oleh: rossitamz

ala comelnya mangkuk foil nii...isinya padat je,..k.ros pakai kentang jenis ape ni?...nampak sedap je...anyway, thanks k.ros, krn sudi mencube...

Kentang_bakar_berkeju
08-01-2009
buat petang tadik. guna keju cheddar ngan parmesan jek, tu jek cheese stok yg ada dan tambah skit susu segar dlm kentang lecek. mmg kenyang jugak makan kentang jek. TQ dayang
Laporan oleh: 14sept

Wow!..cantiknya hiasan cheese tuu,..berputar2 lg tu. jeles ni..hihi..anyway, thanks krn sudi mencuba...memang kenyang...


Komen (6)

06-01-2009, ameskay komen :

kalo takder oven biasa, bleh tak guna microwave? apa pulak setting nya kalau bleh guna microwave oven? pastu, still kene guna aluminium foil juga ke kalo bleh guna microwave oven? tq :)


06-01-2009, dayang_jack komen :

ameskey,..dyg jarang guna mode microwave kalo masak kentang ni. dyg hanya guna convection mode je wlaupn oven jenis microwave.. tp sbnrnya bole je..utk resepi ni u bole guna mode 'grill(lbh krg 7-8 minit tp kene preheat dulu sbl menggrill') atau 'microwave + grill (300w + grill selama 4-5 min) tp depends gak dgn jenis microwave yg digunakan. kalo xnk guna kertas foil pun xpe. selamat mencuba!


08-01-2009, amysha komen :

salam,nak guna keju apa ye?cheddar ke parmessan?


08-01-2009, dayang_jack komen :

slm amysha,...guna keju parmessan atau mozarella,..selamat mencuba!


12-01-2009, ameskay komen :

thanks dyg sudi jawab, kalau tak kisah nak tanya lagi, kalo nak guna microwave, terus letak dulang pembakar tu kat atas pinggan kaca berputar (yg memang dah ada dalam oven tu) ke, nak kena ada besi khas (kalau tak salah dlm bahasa inggerisnya "rack") ke? so sorry 4 the troubles & thanx again!


12-01-2009, dayang_jack komen :

ameskay,..thanks gak sb sudi bertanya...nk bakar kentang ni kene letak atas rack tu. Maksud dyg, dlm microwave tu ade dulang kaca berputar, pas tu letak rack medium (ketinggian) kat atas dulang tu n letak dulang yg berisi kentang tu td atas rack tu...then start grilling. tp kalau xnk guna dulang nk bubuh kentang, bole gak letak kentang tu atas rack tu je...selamat mencube yer..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu