oleh: mama-bungas Apam balik

Apambalik3

Resipi dari Institute Kulnari


Created on : 03-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mama-bungas




Share


Bahan-bahan ( untuk satu kuarga )

  • 600 gram tepung gandum
  • 120 gram gula
  • 3 biji telur
  • 1 sdt Yis
  • 1/2 sdt potash@bikarbonat
  • 1 sdt baking powder
  • 800 liter air
  • Sedikit pewarna kuning
  • BAHAN UNTUK INTI
  • Kacang tanah goreng (kisar)
  • Sweet corn (dlm tin)
  • Gula pasir secukupnyer

Cara-cara

  1. 1) Masukkan kesemua bahan diatas dan pastikan tidak berketul (saya blender sumer sekali)
  2. Lenserkan pan dgn minyak supaya apam balik tak melekat
  3. Apambalik1
    Biarkan selama 1 jam, barulah bakar didalam pan dgn api sederhana.
  4. Apambalik2
    Bila tepung agak2 kering, taburkan gula, sweet corn dan kacang tanah.
  5. Lipat dan sedia dihidang. Sedap dimakan semasa panas.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (13)

03-01-2009, sunkist komen :

hmm cantik betul apam balik ni.. nampak cam sedap je...


04-01-2009, zkasma komen :

mana resipinya...


04-01-2009, zal75 komen :

mana resepinya kalau tak mau share tak usah di tayangkan gambarnya


04-01-2009, arera komen :

sabar yer.sy rasa dia tgh on d way ni..biasalah..kekdg x sempat nk key in..n kkdg line tenet bz..yg penting memg dia nk syer resipi..tu pun dah cukup alhamdulillah


04-01-2009, lombok komen :

senang je resepinya zal75.....ari ni kan minggu, pegi le mana-mana pasar belilah


05-01-2009, siha komen :

loh... resepinya mane??? da la ma tingin nak wat sendiri tp resepi xda. cpat tau upload resepi.. xsabar nak try da..


09-01-2009, mama-bungas komen :

Pada semua, minta maaf sbb masa sy nak masuk resepi tetiba server down dan saya ingat apa yg saya dah masukkan tu ter'delete'. Dan saya minta maaf sekali lagi kerana lewat masukkan resepi ni kerana ni yg pertama kali saya hantar resepi kat sini. Minta maaf juga pd PN APAM balik yg menghantar ke CBox blog saya kerana salah faham.


09-01-2009, mama-bungas komen :

Ni gambar pun dah ilang la pulakkk!!


09-01-2009, mama-bungas komen :

Ok saya dah dapat balik gambar tu. Minta maaf banyak2....


17-01-2009, zahir komen :

susah juga nak buat apam ni,nak konrol api tu memang susah.


28-01-2009, tebuhitam komen :

zahir..... tak susah ........ api tuuu kecilkan saja sampai habis masak.... tak payah nak ejas api tu .... ok? cuba try :-)


07-04-2009, azatiesayang komen :

askm mama_bungas...Maaf ya nk menyampuk sikit.Menu sy selalu buat mcm awk ni la tp sy tambah sikit 2 sd susu pekat,garam sikit &1 sd cream of tartar.Klu blh air tu kurangkn jd 750 aje,itu kira sdg2 aje la.Potash tu,klu ssh sgt nk cari tk pyh isi pun blh gak....Acuan apam balik yg tembaga tu elok jdnya tp ssh nk dpt & mahal gak.Alhamdllh.ada acuan apam peningalan Aruah opah dulu,berguna gak.


28-05-2011, rish komen :

boleh tahan


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu