oleh: maksu om Jeruk Betik Rapuh

Imej026

Dapat tips merapuhkan jeruk dari Cikgu Liza semasa ngajar kat Seri Muda. TQ Kak Liza.


Created on : 01-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi maksu om




Share


Bahan-bahan ( Banyak sedikit bergantung pada saiz buah.. )

  • 1 biji betik tua (yang masih keras)
  • 1/2 cawan garam kasar
  • 2 cawan air kapur makan
  • 2 cawan gula
  • 1 keping asam gelugur

Cara-cara

  1. Imej016
    Buang kulit buah betik.Belah buang biji dan bahagian yang berbulu-bulu dalam buah.
  2. Potong buah betik berkeping2. Masukkan dalam bekas,gaul garam dan tuangkan air kapur.Jika air kapur tidak menenggelamkan buah,bolehlah ditambah air.
  3. Potong dan masukkan asam gelugur.Jerukkan untuk tempoh seharian.
  4. Apabila buah dah masuk rasa masin atau dah cukup seharian,tuang airnya dan cuci buah.
  5. Masak gula dengan 2 cawan air dan tuangkan ke buah.Tenggelamkan buah.Simpan lagi untuk tempoh 5-6 jam.
  6. Biasanya selepas 5-6 jam bubuh air gula,jeruk dah ok manis masinnya. Tapi jika dirasakan belum betul2 masuk gulanya,tambah tempohnya lagi.
  7. Jeruk yang dah jadi dibuang airnya dan dicuci.Simpan dalam peti ais tanpa air.Malumlah tak berpengawet,nanti berlendir n berbau.Simpan dalam bekas berpenutup.
  8. Asam gelugur bertujuan untuk rasa masam2,boleh diganti ngan 2 sudu cuka. Kadang2 maksu juga patah2kan 4, 5 biji cli padi dan masukkan untuk tambah perisa. Selamat mencuba.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu