oleh: akma_4th Unbaked Cheesecake

Dsc_0006

sumber www.momswhothink.com


Created on : 01-01-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi akma_4th




Share


Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Bahan Base:
  • 1 1/4 cawan biskut (apa2 je) yang dikisar halus
  • 1/4 cawan marjerin cair
  • 1/4 cawan gula halus (sekiranya guna biskut kurang manis)
  • Bahan Krim Keju:
  • 8 oz (224g) cream cheese
  • 1 tin kecil susu pekat
  • 1 camt vanilla
  • 1/4 cawan jus lemon

Cara-cara

  1. Sediakan base dengan menggaul kesemua bahan base dan padatkan pada base loyang springform. Masukkan dalam freezer jap.
  2. Pukul kesemua bahan untuk krim keju sehingga gebu.
  3. Tuang ke dalam loyang yang dah ada base tadi. Simpan dalam peti sejuk, bahagian bawah semalaman.


Laporan Masakan Bergambar (1)

Cheesecake_003
14-11-2009
Terima kasih...
Laporan oleh: halida

ada gak kwn2 yg try resipi ni. tq halida. tp kek awk lg cun dpd sy punya.


Komen (10)

01-01-2009, akma_4th komen :

yg sy letak ni resipi asal, tp yg sy dh buat sy ubah sket sbb xnak bazirkan cream cheese. sy guna 250g cream cheese + 1 tin susu pekat yg tinggi tu. wpun tlalu manis n xpresentable sbb sukatan susu yg byk, rasanya ttp best.


01-01-2009, seritasek komen :

hai akma, saya peminat cheesecake, saya tgok resipi ni very the simple, cuma agak nya kalu base yg guna biskut ni nak pastikan biskut tu betol2 keras mcm mane ye...sbb pernah buat cheesecake yg guna base biskut tapi biskutnya berderai la...


02-01-2009, akma_4th komen :

hai seritasek. sama la kita. utk dptkan base yang baik dan tak berderai, pastikan adunan base tu ditekan padat pada dasar loyang n masukkan dalam freezer. tu pengalaman sy la. so, kengkawan MYR, ada nak tambah pendapat? apa yang penting, KERJASAMA!


03-01-2009, arera komen :

senang je wat ni..lgpun xder gelatin...leh try niii..klu atasnyer nanti sy letak filling bluberry or strawberry..rasa manis sgt kee


04-01-2009, akma_4th komen :

hai arera. klau ikut resipi asal kt sebelah ni, insya'Allah OK. tang manis tu sbb sy memandai ubah sukatan resipi. letak filling tentu cantik n lg best kan. dah wat nnti hantar la laporan yer.


25-03-2009, adlinamri komen :

hai akma_4th, selalunya no baked cheesecake letak gelatin, tapi resepi ni x yah letak. Apa perbezaannya? teksturnya sama macam cheesecake yg letak gelatin x?


26-03-2009, akma_4th komen :

hai adlinamri. tekstur cheesecake ni lebih lembut n creamy mgkin sbb xletak gelatin. yg sememeh skt tu sbb sy guna acuan loose bottom. klau guna yg springform tu insya'Allah lebih cantik.


14-11-2009, halida komen :

Saya pun guna loose bottom..comot sikit..heheh


24-01-2011, cik QAQA komen :

mesti ltak lemon jus ke ? if tak ltak blh tak ? apa function lemon jus dlm cake ? thanx :)


07-02-2011, farhana_zairul komen :

klau x letak jus lemon tu bla makan sikit dah rasa muak.. bila manis..letak masam2 skit bru sedap..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu