Google+

oleh: mama_nayli Sambal Bilis Kentang Pedas Berapi

Image059

Resepi ciptaan sendiri yang menjadi favourite suami..


Created on : 31-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mama_nayli




Bahan-bahan ( 5 org )

  • Ikan bilis 50 gram
  • Ubi Kentang 3 biji
  • Cili Padi @ Cili Burung 20-30 biji
  • Bawang Kecik/Merah 10 biji(3 ditumbuk,7 dihiris)
  • Bawang Putih 4 ulas
  • Serai 1 batang(diketuk)
  • Cili Merah 3 biji
  • Asam Keping 1 @ 2

Cara-cara

  1. Tumbuk 3 biji bwg merah dan semua bawang putih. (Jgn Blend sbb nanti sambal ni jd berair)
  2. Tumbuk juga cili padi dan cili merah
  3. Goreng ikan bilis sampai garing dan angkat.
  4. Ubi Kentang dipotong kiub kecil dan digaul bersama garam dan serbuk kunyit. Seterusnya digoreng hingga sedikit garing dan angkat.(Deep fry)
  5. Gunakan kuali lain,tumis bahan2 yang ditumbuk dan juga masukkan serai yang telah diketuk.
  6. Setelah bahan tumisan agak garing, masukkan sedikit garam.
  7. Masukkan bawang merah yang dihiris.Goreng hingga bawang btul2 garing.
  8. Masukkan ikan bilis dan ubi kentang yg telah digoreng.
  9. Untuk nampak cantik,letak sedikit serbuk kunyit dan last sekali masukkan asam keping.

Tag

ikan sambal








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (3)

31-12-2008, dayang_jack komen :

wah, mesti pedas meletup ni, kan mama?..hehe. nanti dyg cube buat..thanks 4 sharing recipe. Happy New Year!!


01-01-2009, mama_nayli komen :

welcome...Eppy New Year! Kalau dayang_jack nak tau pedas meletup @ tak,..mesti kena cuba cpt2 tau..


01-03-2009, aiminajmi komen :

hmmm...memang sedap pun resepi nie.tiap2 minggu mesti buat.thanks yer...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu