Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
Daun ubi/bandung-jangan terlalu tua (ditumbuk sehingga halus)
Garam dan Aji secukup rasa
Minyak 5 sudu makan
Cara-cara
Untuk daun- Ambillah 10 - 12 genggam daun dan dipulas2 sehingga renyuk. Kemudian tumbuk sehingga halus dan ketepikan.
Tumbuk bahan2 seperti serai (dihiris dahulu), bawang dan halia sehingga sedikit halus. Kemudian masukkan belacan dan ikan bilis dan ditumbuk bersama2.
Panaskan minyak ke dalam kuali dan sesudah itu, goreng bahan2 rempah yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
Apabila sudah kekuningan, masukkan daun ubi yang sudah ditumbuk tadi dan gorenglah sehingga daun itu menjadi kering dan pastikan daun itu dimasak dengan api sederhana dan jangan terlalu kering sehingga hangus. Akibatnya, rasa belacan akan hilang dan zat2 yang terkandung dalam sayur tersebut akan hilang.
Jangan lupa masukkan garam dan aji secukup rasa mengikut kehendak anda. Sayur sedia untuk dimakan bersama-sama dengan nasi putih yang panas.
Untuk mengharumkan lagi bau sayur tersebut, letakkan belacan secukupnya untuk menambah selera anda.