oleh: yani Parmesan cheese scones

Parmesancheesescone

American scones


Created on : 30-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 250g tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 35g gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 55g-60g parmesan cheese
  • 90g mentega
  • 120ml (susu segar + 1 biji telur)

Cara-cara

  1. Gaulkan tepung, baking powder, gula,garam dan parmesan cheese sehingga sekata.
  2. Masukkan pula mentega. Gaulkan sehingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan pula susu dan telur. Kemudian uli.
  4. Canaikan doh setebal 2cm. Terapkan dengan scones cutter atau boleh potong ikut suka hati.
  5. Sapukan permukaan scones dengan susu segar. Kemudian taburkan parmesan cheese ke atasnya.
  6. Bakar scones dengan suhu 180 degree selama 18 minit.
  7. Bila dah masak bolehlah dihidangkan bersama jem kegemaran anda.

Tag

scones




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

30-12-2008, che'iza komen :

Kak yani........ bak dua ketui scones tu.......


30-12-2008, 3AS komen :

Nampak sedap & simple je. My eldest memang suka jenis2 ala2 roti ni. Nanti nak cuba le.


30-12-2008, azanie komen :

salam kak yani, saya budak baru belajar, nak tanya bisa kalu bakar kek guna api atas bawah atau atas sahaja. sbb bila saya pakai api atas bawah kek saya pasti hangus. mcm mana ya, boleh bagi etua x


17-01-2009, Sharm1969 komen :

Salam yani lama x nampak upload resepi baru, nak tahu awak ni kat mana ye. Semoga sihat


17-01-2009, yani komen :

baru perasan soklan azanie.. sorry ye.. setahu saya kena guna api atas bawah... mungkin suhu tinggi kot tu yg membuatkan kek jadi hangus


17-01-2009, yani komen :

Sharm1969... saya sekarang kat penang.. kalau baca resipi sy yg lama2 tu mungkin ada sya cerita yg saya ni dok kat jepun.. tp sekarang ni dah balik msia.. la ni tengah tunggu kehadiran ORANG BARU.. mood masak pun berkurangan.. tu yg takdak resipi baru utk dikongsi bersama. :p


05-08-2009, lina2010 komen :

adus...baru nk kenal yani punya rcp best2 la.apa pun tahniah dah dpt org baru boy ke girl?


05-08-2009, yani komen :

lina2010.. tima kaseh.. dpt baby boy.. baru ke lagi.. dah nak masuk 5 bulan pun ;)


14-11-2009, nadia's komen :

salam..best la tgk resepi2 yg ada.. emm nak tanya ada facebook or email tak?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu