oleh: yani Donut

Donut

Tambah lagi resipi donut. Rangup diluar,lembut di dalam.


Created on : 29-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( +-16 biji )

  • 200g tepung berprotin tinggi
  • 50g tepung gandum
  • 50g tepung jagung( corn starch)
  • 30g gula
  • 2/3 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar baking powder
  • 2(6g) sudu kecil dry yeast
  • 190ml (susu segar + 1 biji telur )
  • 50g lemak sayur
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, gula, garam dan baking powder ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.
  2. Masukkan pula susu dengan telur dan juga yeast. Kacau sekejap. Kemudian masukkan lemak sayur. Uli sehingga tak melekat ditangan. Biarkan doh yang dah diuli selama 40-45 minit.
  3. Boleh juga uli guna breadmaker atau food processor.
  4. Canaikan doh setebal 1-1.5 cm di atas papan canai. Tutupkan dengan kain lembab. Biarkan dalam 10 minit.
  5. Terapkan doh dengan donut cutter. Biarkan donut naik 2 kali ganda sebelum digoreng.




Laporan Masakan Bergambar (8)

Donut_rangup
29-12-2008
Sesuai bg yg suka donut rangup dluar..tp my kids n ayahnya prefer donut lembut luar dlm..huhuu..ape pon new recipe,new xperience..tq kak yani :)
Laporan oleh: HaSue

ehehe.. lain org lain citarasa

Dsc00390
30-12-2008
sedap makan waktu panas2 dgn kopi "o" lain dari donat biasa.. :)
Laporan oleh: peekaboo

dan sambil tengok tv.. *-*

___891
05-01-2009
sedap lembut jer!!!
Laporan oleh: are3646

terima kasih mencuba..

Donut_yani
13-01-2009
memang sedap donut ni..tq yani..
Laporan oleh: as75

ur welcome as

Dsc04870_resize
15-01-2009
salam hai dah try buat mmg sdp & gebu dlm nya. ank2 suka sgt x jemu mkn...grg separuh masak simpan dlm peti bila nak mkn grg balik...masih lembut lg...anyway TQ :-)
Laporan oleh: shafea

bila anak2 suka.. maknya tentu seronokkan..

Sl372140
22-02-2009
Susahnya nak upload gambar. Anyways, donut ni fabulous!
Laporan oleh: zurin
Donat_yani
22-04-2009
tq yani ini yang sempat ambil gambar....yang lain dah slmt....walaupun dah banyak kali buat....sambutannya cam ni lah...
Laporan oleh: watierman
Donut
05-08-2009
Yummy.Kite roll in brown sugar dan tambah a pinch of cinnamon&nutmeg dlm doh. Thanx for the recipe.Very the gebu!
Laporan oleh: MommaMia

mommaMia memang very de kreatif la..


Komen (20)

29-12-2008, kak ann komen :

kagum btul saya sebab yani banyak idea... bila le nak mahir macam yani..


29-12-2008, HaSue komen :

salam kak yani..mmg lembut kalo ltk shortening kan..yg bg rangup mesti tepung jagung+garam tu ye x..?


29-12-2008, yani komen :

kak ann, takdelah mahir sebenornya.. di samping masakan yg menjadi ni, banyak jugalah yg terpaksa masuk dlm tong sampah :p


29-12-2008, yani komen :

yup.. betul tu HaSue.. dan satu lagi yg menyebabkan donut ni rangup ialah baking powder


29-12-2008, yolexx komen :

kak yani...saya org baru ni..banyak resepi akk dah post ek..best2 sumer..akk mmg minat masak-memasak ke? adela jugak resepi yg akak yg saya dah try..nnti nak cube buat donut ni plak la..cam best jek..^-^


29-12-2008, kak ann komen :

bila dengar yani cakap banyak gak resepi yang tak menjadi, teringat zaman kecik2 saya. mak n makcik2 jiran buat kuih raya terkurang bahan then tambah2 at last dapat satu besen besar pun tetap tak jadi. lastnya dorang pakat2 gali lobang belakang rumah tanam adunan yang tak jadi sebab takut kena marah dengan laki masing2. hahaha


29-12-2008, yolexx komen :

yeke kak ann?sampai mcm tu skali.. kelakar plak dgr..sy pun ade jek yang buat tak jadik..mmg geram..sebelum org lain tau yang kite wat tak jadik,tong sampahler jwb nye yang ngapp...hehe


29-12-2008, kak ann komen :

btul yolexx... dulu2 kan orang bakar sampah sendiri,bukannya leh campak dalam tong n majlis perbandaran angkut.. tu yang tanam. sib baik tak letak batu nisan. ahaks!


29-12-2008, yolexx komen :

dah lame dah bende yg tak jadik tu tertanam kan?ntah2 dah boleh buat baja komposs...msti subur tanah kat situ..hikhik..


30-12-2008, hamzhanz komen :

Kak yani,u punya resipi mmg best2 lah...byk dah saya cuba, semuanya menjadi..tq ya kak yani, satu soalan.. kalau xde shorterning, bole gantikan dgn ape? minyak masak ke? dan berapa agaknya sukatannya? tq so much...


30-12-2008, yani komen :

keskeskes... kelako citer kak ann tu........ / hamzhanz, kalau takde shortening boleh juga ganti dgn butter or marjerin.. mungkin lain sket je rasanya.


30-12-2008, Rahmawati komen :

Kak Ann jgm buat cam tu tau, kang kena dakwa igt kan tanam 'benda' lain plak...Jgn mare...


30-12-2008, mrs.sham komen :

salam yani. banyak resepi yani yg sy dah cuba dan semuanya sedap, alhamdulillah mjadi pd percubaan pertama. apa2pun terima kasih daun keladi, kalau ada resepi best, jgn luapa post lagi. chow


01-01-2009, hamzhanz komen :

tq ya kak yani, akan saya cuba kerna anak2 suka sangat donut..Selamat Tahun Baru...


15-01-2009, telukibh komen :

Yani, saya ada sedikit kemusykilan dlm senarai bahan kat. Apakah maksud "190ml susu segar+telur"? Berapa biji telur utk menjadikan bhn tersebut 190ml? Sudilah kiranya terangkan...


15-01-2009, yani komen :

telukibh... tak clear ek... ok saya dah edit resipi tu.. Guna sebiji telur je.. pastu campur susu biar jadi 190ml. >>> kpd mrs.sham & hamzhanz.. terima kasih kerana mencuba.


22-02-2009, zurin komen :

ish...nih pasal tk nak baca arahan cikgu la ni. i buat 190ml susu pastu baru campur telur. patut la extra lembik...sib baik pandai2 tambah tepung skit2 hehehe...menjadi akhirnya. TQ


19-03-2009, anisazami komen :

salam dari malaysia.. thx fr ths recipe.. nampk sdap,kne try ni =) p/s:adakah ini teacher adyani?


30-04-2009, purlz komen :

errrmmm... tepung berprotin tinggi tu tepung ape ek.... hehehe.. saye kurang arif cikgu...


07-07-2009, missfits komen :

dah try...sedaaaappppp!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu