oleh: mutiarazura Butter Crab

P1010032

Lauk dinner semalam, sedapnya....


Created on : 12-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mutiarazura




Share


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 600 g ketam
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 sudu besar susu segar / susu cair
  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 6 biji cili padi – dititik atau potong ikut suka
  • Sedikit daun kari
  • Secubit garam
  • Bahan Perap
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung beras
  • Secubit garam dan lada hitam

Cara-cara

  1. Cuci dan siapkan ketam ikut suka (saya beli yang dah siap bersih dan potong dua). Lap dan keringkan dengan kitchen/paper towel.
  2. Bancuh bahan perap hingga sebati, kemudian masukkan ketam. Biar sekejap dalam 10-15 minit.
  3. Panaskan minyak dan goreng ketam hingga keperangan. Angkat dan toskan.
  4. Masuk susu dan kuning telur dalam mangkuk dan kacau sebati.
  5. Cairkan butter dalam kuali panas. Tuang campuran susu dan telur tadi perlahan-lahan dan kacau/goreng atas api kecil tanpa berhenti hingga membentuk bintil-bintil halus.
  6. Masukkan ketam tadi, bawang putih, cili padi, daun kari dan secubit garam. Tumis atas api besar hingga rata panasnya.
  7. Tutup api, angkat dan hidang panas-panas.

Tag



Laporan Masakan Bergambar (4)

Softshellcrab
13-12-2006
Butter Soft Shell Crab yg i masak dulu, cara masaknya sama dgn ketam biasa. Cuma nak kongsi gambar *_^
Laporan oleh: skyblue

mesti sedap soft shell crab tu :-)

Picture
20-12-2006
kebetulan ada prawn so...i used this recipe but i add cheese & changed daun kari tu kepada daun kunyit...sebab daun kari takde...rasanya still sedap! hiks
Laporan oleh: gohmimie

Yumm...yummm... :-)

Ketam_sambal_ayam_003
17-01-2007
betul la ketam sedap giler,cuma i rebus dulu ketam tu supaya tak keras sgt dan lebih menyerap rasa butter'nya.
Laporan oleh: ctjuliez

bagus idea rebus dulu tu! nak wat jugak la nanti :-)

Dsc03835
12-02-2007
butter prawn...ni je yg ada dlm fridge...tak kisah la...janji jadi ye tak
Laporan oleh: Ayu61279

janji jadi n sedap :-)


Komen (17)

12-12-2006, mutiarazura komen :

Boleh juga guna resipi ni buat butter prawn ya..Resipi ni ada banyak version, yg ini ada bawang putih.


12-12-2006, mutiarazura komen :

Yang I buat semalam agak basah sebab terlebih susu dan tak tunggu butter tu betul-betul garing kot. Maklumlah dah tak sabar nak makan, hehe..tapi rasa memang kelasss…husband suka…cubalah!


12-12-2006, yani komen :

kalau daun kari takde ni.. ok ke..


12-12-2006, mutiarazura komen :

alamak yani...kalau takde daun kari tak authentic la rasa dia...bau daun kari tu yg special...y not u masuk dalam 1/2 sudu kecil rempah kari ikan/seafood..ok kot...


12-12-2006, skyblue komen :

Yani, cuba dgn bay leaf... saya pernah masak butter soft shell crab dgn bay leaf sebab susah nak cari daun kari kat sini juga, rasanya ok.


12-12-2006, dalinnasue komen :

Wahh sedapnye...menyelerakan.. x sabar rasanye nak cuba butter crab nie.. boleh la nnt buat this weekend...


12-12-2006, zeera komen :

kecur liur i tgk... kena try nih...


12-12-2006, me,myself komen :

cam sedap jekk..ade udang..nk gune ketam mahal sgt..al maklum dok sorang..ekekek..


12-12-2006, mutiarazura komen :

me,myself, boleh la guna udang :-) cuba goreng campuran telur/susu/butter tu sampai garing baru masuk udang etc...lagi best!


12-12-2006, yani komen :

tq skyblue.. nak kena beli bay leaf ni.. sementara tunggu stok daun kari sampai


13-12-2006, Mat Gebu komen :

alahhh hai butter crab sedapnyaaa........tapi kalau time bulan terang isi ketam kat malaysia nie ciput la, ish nak tunggu bulan gelap nie baru isi ketam penuh... hehehe kalau tak alamatnya mamah kulit butter crab je lah gamaknya.......


13-12-2006, mutiarazura komen :

eh, betulla mat! Ari tu I tgk hubby kunyah kulit ketam sampai hancur...sian dia..isi ciput..tapi sebab lauknya sedap, kunyah kulit pun jadi le hehe....


26-12-2006, manja67 komen :

memang banyak betul resepi butter crab n prawn. payah nak dapat bahan bancuh ( telur+susu+etc) jadi rangup ( crispy ). Cemana ek nak jadi camtu? penah makan kat sabah best giler!!! :)


26-12-2006, mutiarazura komen :

manja67, I rasa sukatan susu tu takleh lebih, kalu tak mmg lambat garing, kena sabar sikit mengacau/goreng dia. Ada jugak versi yang taruk nestum atau oat untuk bantu garingkan bahan bancuh tu :-)


22-03-2007, ffeeda komen :

da wat pg tadi....sedap...makan saje pun sodap gak...


24-04-2007, Aziah komen :

semalam buat butter prawn...memang sedappp...nak letak gambar tak reti plak


09-05-2007, mutiarazura komen :

ffeeda n aziah, terima kasih kerana mencuba :-) Nanti tempekla gambar ekk?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu