oleh: maksu om Cencaru Bungkus Penuh Perisa

Imej004

Aromanya menyelerakan. Tidak berminyak.


Created on : 27-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi maksu om




Share


Bahan-bahan ( Untuk sekeluarga. )

  • 6 ekor ikan cencaru sederhana besar (disiang dan dibuang kulit tebalnya)
  • 5 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 tangkai cili kering*
  • 2 batang serai*
  • sehelai daun kunyit
  • sedikit cuka makan*
  • sedikit garam dan gula*
  • Sedikit minyak(utk mengelakkan daun pisang cepat hangus)
  • Daun pisang secukupnya.

Cara-cara

  1. Blend semua bhan bertanda *.Boleh masukkan sedikit air supaya kerja2 memblend lancar.
  2. Lumurkan bahan2 yang diblend pada ikan.Racik daun kunyit dan lumurkan sekali.
  3. Daun pisang dilayur terlebih dahulu supaya tidak pecah semasa membungkus ikan.
  4. Imej000
    Letakkan ikan bersama sedikit rencahnya tadi di atas daun pisang dan bungkus.
  5. Imej001
    Ikat kedua-dua bahagian hujung.Juga menggunakan daun pisang yg dikoyak kecil dan memanjang.
  6. Imej002
    Letakkan bungkusan ikan diatas kuali leper yang disapu sedikit minyak.
  7. Alih-alihkan dengan berhati-hati jgn sampai daun pisang koyak dan terbuka.
  8. Imej003
    Apabila daun pisang dah mula hangus sikit2,kira dah masak lah ikan tu.
  9. Nak makan nanti barulah dibukakan daun pisangnya.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

27-12-2008, kak fida komen :

salam maksu...klau tmpt akak masakan ni ade yg panggil pais ikan atau pepes ikan....haaa...dlm resipi ni di bahagian tag,maksu boleh bubuh ikan atau ikan bakar ke atau masakan asal negeri maksu ke tapi mestilah diselangkan dgn tanda koma(,)...maksu cubelah....akak pon baru2 join MyR ni,kwn2 kt MyR ni yang ajar....tq...


27-12-2008, baya74 komen :

makan panas2 , dgn sayur lemak, sedapnya. cam tbau2 je aromanya.


27-02-2010, Sayang_9021 komen :

hmmm.....mmg menyelerakan & aromanya...perghh....


24-07-2010, ruzilakasrin komen :

bkar ikan gna daun knyit pn sodap...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu