Google+

oleh: maksu om Tangkup Kaya

Imej048

Mereka-reka sendiri tapi ok le..


Created on : 27-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi maksu om




Bahan-bahan ( lebih kurang 20 biji )

  • KAYA
  • 2 biji telur
  • 2 Cawan santan
  • 3/4 cawan gula pasir + 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • 2 camca makan tepung kastad
  • Pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan(disimpul)
  • KULITNYA
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning
  • Sedikit minyak
  • Acuan karipap

Cara-cara

  1. Buat kaya dulu. Masak gula dgn 1 cawan air hingga larut.
  2. Masukkan telur,tepung kastad,garam dan santan dalam blender.Blend supaya sebati.
  3. Tuang bahan yang diblen dalam air gula.Kacau.
  4. Masukkan daun pandan.Kacau sampai pekat.
  5. Angkat dan ke tepikan
  6. Buat kulitnya pulak. Masukkan tepung gandum,air dan garam dalam blender dan blend.Tapis.
  7. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak
  8. Imej043
    Ceduk sesenduk kecil tepung yang ditapis tadi dan buat dadar atas kuali. Guna api sederhana.
  9. Apabila dah kering bahagian atasnya,tak perlu dialih terus angkat.
  10. Imej046
    Letakkan atas acuan karipap dan letakkan sesudu kaya ditengah-tengahnya. Tutup acuan dan buang rejanya.
  11. Imej042
    Keluarkan dari acuan .Letak atas pinggan.
  12. Imej050
    Siap untuk dimakan. Rejanya boleh cicah dengan kaya. Ataupun jika tak mahu ada reja, buat dadar besar sikit dan gulung macam ketayap je...satu kelainan.Selamat mencuba.








Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc04815_resize
30-12-2008
salam.. ni buat dlm acuan pembakar roti... inti pandan kat tengah tu,, acuan karipap x adal.... sedap..lembut jeeee
Laporan oleh: shafea
Dsc04825_resize
30-12-2008
ni yg dah siap di lapis dua.... mmg sdp mkn time panas2..pekena pulak gan teh o kurang manis pehhhhh TQ :-)
Laporan oleh: shafea

shafea ni kreatif la..cantik plak tu...tahniah.Tq cuba n hntar laporan

Foto0689e001
20-04-2012
salam maksu.. trma ksh kuih ni sdapp.. dh lma cri rspi kuih ni hb nk mkn, rupanya byk nama.. nor ltak jgg mnis skit ada lebihan bt apam blik.. trma ksh maksu puas mkn bt sndri.
Laporan oleh: Norriyah

a...a.. mesti sedapkan letak jagung manis..


Komen (17)

27-12-2008, shafea komen :

salam. maksu om -... penah mkn kuih cam ni kat umah org kduri..kalau x silap dari negeri mana x pasti,, sebelah pantai timur rasanya ada. sedap, susah dpt kuih cmni....dah lama mencari kuih ni :-)


27-12-2008, maksu om komen :

Salam shafea, maksu pun nah mkn .Ada jual bulan posa tapi tak tangkup dgn acuan karipap.Disebabkan tak tau ingrdient dia n caranya,maksu reka je lah...jadi seakan-akan pun kira oklah..


27-12-2008, shafea komen :

hee:-) tulah nasib maksu sudi kongsi resepi ni.. leh lah try.. cuti2 ni...lg pun susah dpt kuih ni kat KL... anywat TQ :-0


27-12-2008, mardi komen :

salam maksu om, resepi ni ala-ala lempeng berinti kaya (pancake) lah kan? nanti bila ada masa mardi nak cube gak wat mnum ptg.


28-12-2008, missayu komen :

salam maksu om..sy kat tganu selalu mkn..byk jual kat pasar..slm ni duk beli je ni dah ada resipi kn etry buat la..trm ksh kongsi resipi..


28-12-2008, maksu om komen :

salam wat mardi n missayu:-try jgn x try,klu ada masa hantarlah laporan..tq


29-12-2008, shafea komen :

salam ha kan missayu dah dok goyak kat sebelah pantai timur ada... kat area sana panggil kuih apa ye missayu :-)


31-12-2008, ds_saniah komen :

salam. nak tnya.. kuih ni boleh buat lebih simpan dlm peti ais, kira buat kuih segera. dan inti kaya tu bleh tak guna inti kaya yg beli dlm tin jer. TQ,sori banyak tnya.


31-12-2008, tina42 komen :

salam, klu gna colour lain mest leh & more beuty


31-12-2008, maksu om komen :

Maksu tak pasti lak pasal simpan dlm peti sbb x nah wat cam tu.Rasa2nya mgkin boleh tuk 2, 3 ari je kot,pastu panas ngan mwave ovn. Pasal kayanya plak,boleh aje pakai yg mana2pun janji kaya bukan miskin hi hi hi.Warnanya plak, letak le warna papun. Hijau kuning lambang kemegahan.,Negeri kedah darulaman....ewaahh nyanyi lagu bola sepak kedah plak.


02-01-2009, rabiatun komen :

Maksu..kalau kat kampung saya kat Kelate we all panggil kuih Apom.memang salah satu kuih traditional yang saya suka nih.nnt nak try versi maksu pulak.saya suka kalau inti kayanya tak manis sangat just nice.Maksu thanks sebab share resipi ni kat sini.


02-01-2009, rabiatun komen :

mmm...selalunya tak tangkupkan dengan acuan karipap..ia dilipat separuh bulat begitu saja...bagus jugak maksu reka ingredientnya..bolehlah saya mencubanya nanti...bravooo...


04-01-2009, cheffi komen :

salam,maksu. klu tpg kastad 2 tukar tpg gndm leh X?


04-01-2009, maksu om komen :

hi cheffi, maksu rasa boleh sbb peranan tpg kastad nak bagi pekat,tpg gandum boleh tuu...cuba lah nanti bagitau..


01-03-2010, Lilis komen :

Akhirnye jumpa juga resepi kuih ni...ada org panggil apam sarawak....makan tak cukup satu tq...lepas saya pasti mencubanya


08-08-2011, anariff komen :

memang sedap, saya pernah cuba buat tp tak jadi... lepas ne ttu ok


08-08-2011, abdulwahub komen :

ini bagus,,,,,,buat kaya,,,,,,,,


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu