Google+

oleh: zizrahim Ketam Goreng Telur Masin

Pc190115

Resipi ini cukup ringkas tapi soooo lazat :D


Created on : 26-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi zizrahim




Bahan-bahan ( Untuk 2/3 orang )

  • - 3 ekor ketam bunga (yang besar)
  • - 5 biji kuning telur masin
  • - 5/6 batang cili padi (dihiris halus)
  • - 2 tangkai daun kari (tarik dari tangkainya)
  • - 2 sudu makan mentega
  • - 3 sudu makan susu cair
  • - 2 sudu teh gula -
  • - garam & lada sulah secukupnya
  • - Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersihkan ketam and potong empat. Toskan.
  2. Kukus kuning telur masin selama 5 minit. Kemudian lecek-lecekkan kunig telur dengan sudu sampai berderai. Ketepikan.
  3. 19122008
    Gaul ketam bersama tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga ketam bertukar warna. Angkat ketam yang dah digoreng dan ketepikan.
  4. Di kuali yang bersih, masukkan mentega dan goreng cili padi & daun kari hingga wangi.
  5. Masukkan kuning telur masin yang dah dilecek kedalam kuali. Gaul hinnga sebati bersama cili padi dan daun kari tadi.
  6. Bubuhkan sedikit garam, gula, lada sulah dan susu cair. Gaul dan akhir sekali masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
  7. Apalagi...attack la ketam tu. Gerenti jilat jari.

Related Recipes

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (8)

26-12-2008, Lady80 komen :

salam zizrahim... hehehe :P sdap nyer.. nyum2 :D


26-12-2008, zizrahim komen :

salam Lady80...memang sedap...hingga menjilat jari...cuba la :)


26-12-2008, milahsharif komen :

cucu air ke susu cair....


26-12-2008, zizrahim komen :

ha tu la....anak asyik mengacau aje bila tgh taip..tima kacih :)


25-08-2009, honeyweh703 komen :

sedap giler.. wat mkn berbuka td... dolu2 lu nk mkn ketam telur masin ni biler balik ipoh jew.. skg dh leh wat sndr... thx...


08-05-2011, nurulhusna.haron komen :

saya dah cuba! buat skali... husband request lagi... mmg sedap!thanx!


09-10-2011, azzua komen :

MEMANG SEMP0I !!! User click URL anda,anda dapat duit..Jom sama2 buat duit lebih..sertai sekarang.. http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=azzua SY CUMA INGIN BERK0NGSI REZEKI YG TUHAN BERI..CUBA DULU BARU TAHU..


24-01-2013, missrynaa komen :

salam akak , susu rendah lemak yg dlm kotak ke?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd