oleh: onigiri Phad Thai Sedap

Pc250277

resepi mee dari Thailand


Created on : 25-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi onigiri




Share


Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 200 gram mee phad thai kering ( rendam dah celur sebentar)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji telur dipukul sedikit
  • 100 gram udang basah ( dibuang kulit)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu makan sos ikan ( kalau takde leh ganti kicap manis kipas udang)
  • 2 sudu makan sos cili thai ( leh ganti sos cili maggi)
  • beberapa batang kucai ( potong memanjang)
  • semangkuk kecil tauge
  • beberapa bebola ikan atau tahu ikan ( agak2 je)
  • 2 sudu besar kacang tanah yang dicincang halus
  • 1/4 batang lobak merah yang dipotong memanjang. seperti ( anak mancis)
  • 1 sudu besar udang kering ( dicincang kasar)

Cara-cara

  1. panaskan minyak, goreng bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan carrot dan udang, biarkan seketika.
  2. masukkan tahu ikan, udang kering dan kacau sebentar, masukkan telur tadi dan kacau sentiasa.
  3. masukkan sos cili thai dan gula serta setengah kacang tanah yang dicincang tadi. kemudian masukkan mee dan kacau hingga sebati.
  4. akhir sekali masukkan toge, dan daun kucai, rasa lah ye, kalau kurang garam ke gula ke sila tambah..kalau nak pedas hiriskan beberapa biji cili padi, hidangkan dah hias dengan baki kacang tanah tadi. sedap dimakan panas-panas...Selamat Mencuba.
  5. kalau nak harum lagi, masa masukkan tauge dan kucai tadi, letakkan juga 1 sudu kecil minyak bijan...


Laporan Masakan Bergambar (1)

Phad_thai_sedap
25-12-2008
Salam Ros..wat utk dinner mlm ni.1st time msk phad thai ni sbnrnya(aritu saje2 je beli sbungkus nak try rasa).Kebetulan ros bg resepi ni(memula x pasan td)terus try n mmg sedaappp n mudah.Sumer isi rumah ni suka..(sibbaik cukup).Thanks ye.. ^_^
Laporan oleh: HaSue

wah lajunya HaSue ni buat, bagus, bagus..tak rugi try kan..mmg simple je resepi ni...lenkali leh buat lagi ek..thanks sbb mencuba resepi ni


Komen (4)

25-12-2008, hana6877 komen :

cepat cepat taip! kuali dh tunggu tuH! hihihi......


25-12-2008, onigiri komen :

ok kak hana penat dah taip ni sepantas kilat..ape lagi kuali dah panas tu..cepat masak mee ni..heheehhehee


25-12-2008, shafea komen :

ehhh laju nya Hasue..mintak cikit heeee ... nyammmm :-)


27-12-2008, HaSue komen :

ala shafea..ingat takde org nak share aritu..dah licin daa..gi spermkt kang nak beli lg..meh laa skali..hee


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu