Google+

oleh: umi_e Pajeri nenas

Pajerinenas

Tak susah nak menyediakannya...


Created on : 11-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi umi_e




Bahan-bahan ( untuk makan 4-6 orang )

  • 1 tin nenas
  • 1 tin santan cair (200ml)
  • 1 sudu makan udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu gula perang (boleh tukar dengan gula melaka)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 biji lada merah
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. blend, bawang besar, bwang putih, halia dan udang kering
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblend
  3. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing
  4. Masukkan air daripada syrup nenas dalam tin (jika suka)
  5. Tuangkan santan dan kacau hingga sebati
  6. masukkan kerisik dan garam secukup rasa
  7. Masukkan nenas dan juga lada merah
  8. Masak hingga mendidih dan boleh dihidangkan bersama nasi









Laporan Masakan Bergambar (5)

Pajeri1
25-11-2008
Tadaaa... Baru buat tadi untuk makan malam. Anak2 n hubby sukaaa.. Nenas 2 bijik dok tergolek2 kat dapur tu sampai ranum dah x berusik. Surfing2 tadi, jumpa resepi umi_e neh terus gi kopek nenas. Hasilnya jadik camni. Cuma saya tambah bunga lawang ngan kayu manis je nak bagi wangi sket, kerisik xde so x letak laa.. Tq umi_e ek sbb kongsi pajeri yg sedap nehh.. Nanti nak buat lagi.
Laporan oleh: jeezy
08-11-26_11-59
30-11-2008
mudah dan mmg sedap ...mkn dgn nasi pns.berselera..tq berkongsi resepi
Laporan oleh: sakura>emi
Imag0031
15-08-2009
sedap masam2 manis, tq
Laporan oleh: rosaliza
Pajeri_nenas
07-12-2010
tq kak e...sedap sgt...licin!~
Laporan oleh: nOOrsha
Pajeri_terung_myr
16-07-2014
Pajeri ni saya masak semalam guna nenas Sarawak yang bersaiz besarrr.. hubby kalau bab pajeri, memang suka sangat-sangat.. baru rasa kuah dah kata sedap! Kak E, terima kasih untuk resipi yang mudah ni..
Laporan oleh: LynnSham

Komen (8)

12-12-2006, anishalim komen :

nampak macam sedap..nanti nak try lah..selama ni pandai makan jek..


14-12-2006, umi_e komen :

anis... cubalah sebab taklah susah sangat nak menyediakannya.. kalau malas nak kupas nenas, guna saja nenas dalam tin macam yang umi buat... SELAMAT MENCUBA


18-02-2011, farisyah komen :

resepi pajeri nenas yg paling mudah n praktikal :) tanx umi


24-02-2011, rosesyahid komen :

dh lama sy cari resepi ni..hehehe tq


25-06-2011, chefbidanterjun komen :

baru buat ni..ye, letak kulit kayu manis dan bunga lawang lebih harum..anyway, tenkiu for the recipe.. yummeh..nak makan dgn ayam masak merah.


18-07-2011, CENCURUT komen :

masak pajeri memang kena guna gula melaka eh? klu tak mao letak bole tak??


09-11-2011, dewi sukma komen :

baru nak try resepi ni,rasa cam sedap jer,tp lum penah buat pajeri guna gula melaka...


16-11-2011, dewi sukma komen :

memang dh try resepi ni..sedappp sgt.. tp x bestnyer hubby pulak demam..x dpt lh dia try pajeri nenas yang sedap ni..huhuhu


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd