oleh: yolexx Vegetable fritters (cucur sayur)

Image028

sesuai untuk breakfast...try la..


Created on : 24-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yolexx




Share


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/4 biji kubis kecil (dimayang halus)
  • 3 tangkai daun sup/daun bawang (di hiris halus)
  • 1/2 biji lobak merah (dimayang halus)
  • 3 batang kacang panjang (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 2 cawan tepung gandum
  • air secukupnya (kalau nk lembik,lebihkan air.kalau nk keras sikit,kurangkan air)
  • 2 sudu besar mayonis
  • 2 biji telur,dipukul perlahan dgn garpu
  • garam dan serbuk ikan bilis secukup rasa

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk adunan yang besar,gaulkan tepung, telur dan mayonis hingga sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk ikan bilis. (macam kite wat jemput2/cekodok tu)
  2. Masukkan sayur yang telah dipotong dan gaulkan hingga rata..kalau suka sayur,boleh lebihkan kuantiti sayur tu... sayur yang digunakan pun ikut sayur yg anda suka
  3. Goreng di dalam minyak yang panas dgn api sederhana. Untuk saiz kecil, cedokkan sudu besar adunan. jika mahu saiz yg lebih besar, gunakan senduk.. Goreng sehingga kuning keemasan..
  4. Sedap dihidangkan semasa panas.. Cicahkan dengan sos atau pencicah kegemaran anda..Dengan mayonis pun boleh...selamat mencuba...


Laporan Masakan Bergambar (1)

Photo597
04-04-2009
Breakfast ari ni.. sedap esp mkn ngn sos cili. Thanx yolexx 4 d recipe.
Laporan oleh: nora_kai

Komen (1)

24-12-2008, junjs11 komen :

cara no 1 x d la yang....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu