oleh: mutiarazura Kek Keju Coklat Beroren (baked)

P1010001

Weekend ari tuh buat, nak share experience. Resepi asal dari Betty Saw – buku Petua Dari Dapur.


Created on : 11-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Saiz kek 22 cm )

  • KULIT
  • 150g biskut digestive
  • 90g mentega, dicairkan
  • INTI
  • 120g coklat gelap - suhu bilik
  • 125ml krim (whipping cream atau fresh cream)
  • 500g keju krim (saya pakai 2 kotak Philadelphia creamcheese) – suhu bilik
  • 180g gula halus (castor sugar)
  • 2 sudu teh parutan kulit oren
  • Secubit garam
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar jus oren

Cara-cara

  1. Griskan acuan springform (loyang cheesecake) berukuran 22 cm dengan sedikit mentega. Panaskan oven pada 160 darjah Celcius.
  2. Mcvities_digestive_250g
    Hancurkan biskut (gambar tu brand yg I gunakan) hingga menyerupai serbuk roti, kemudian masukkan butter cair, kacau rata (sy guna food processor, blitz 2-3 kali, masuk butter cair n blitz lagi sampai rata).
  3. P1010008
    Tekan kulit biskut ke dalam loyang sampai padat (macam dalam gambar nih). Masukkan dalam peti sejuk sementara menyediakan inti.
  4. Cairkan coklat samada menggunakan cara double boiler ( dalam mangkuk atas periuk berisi air mendidih dimasak guna api kecil) atau pakai microwave. Jika guna microwave, anggaran 1-2 minit, mesti jenguk selalu takut hangus. Keluarkan dan campur sedikit butter untuk bantu coklat tu cair.
  5. Bila coklat dah cair, masukkan krim, kacau hingga sebati. Ketepikan hingga sejuk.
  6. P1010003
    Pukul keju krim hingga lembut dan gebu. Masukkan gula, kulit oren dan garam, pukul sebati. Masukkan pula adunan coklat sikit demi sikit, akhir sekali masuk jus oren, pukul rata.
  7. P1010007
    Tuang adunan inti ke dalam acuan yang berisi kulit kek yang dah disejukkan tadi. Bakar dalam oven selama 50-60 minit sehingga bahagian tengahnya agak keras tapi masih bergoyang (wobbly).
  8. Tutup api oven, dan biarkan sejuk di dalamnya dengan pintu oven terbuka sedikit. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk selama dua jam atau semalaman (for best results).
  9. TIPS 1 : Resepi asal kata kena pakai ‘coklat gelap’. I hentam pakai cooking chocolate Vochelle je, bila siap I rasa terlebih manis, walaupun gula dah ikut sukatan. So, moral of the story, ‘coklat gelap’ tu bukan le cooking/baking chocolate yang biasa didapati di supermarket kita ni. Mesti jenis bittersweet yang ada at least 70% cocoa solids. If nak pakai jugak cooking chocolate biasa, saya sarankan kurangkan sukatan gula kepada 150-160 gram sahaja sebab cooking chocolate tu agak manis.
  10. TIPS 2 : Hasil cubaan kali ni agak lembik (terlebih creamy) sebabnya I sayang nak buang whipping cream (sekotak 200ml, resepi cuma perlukan 125ml je), so I masuk semua hehe...again, moral of the story, kena ikut sukatan resepi betul-betul ya puan-puan…:-)
  11. TIPS 3 : Kalau pakai loyang kecil, boleh cuba separuh sahaja sukatan bahan dalam resipi ini.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (18)

11-12-2006, mutiarazura komen :

Rasa oren dalam resipi ni make all the difference! Memang sedap dan ala-ala macam beli kat kedai la hehe...


11-12-2006, haXira komen :

mutirazura......any recipes yg gune fresh cream boleh ganti dgn whipping cream yeah?


11-12-2006, mutiarazura komen :

Yup! Tapi make sure yang u beli tu tulis "whipping cream" bukan "whip cream". Setakat ni I tak penah jumpa lagi kat Malaysia ni kotak yang tulis "Fresh Cream". Unless kat Cold Storage mungkin ada...I beli whipping cream kat Carrefour or Jusco je :-)


11-12-2006, umi_e komen :

ermmmmm sedapnya! ... boleh try kalau dah ada cukup bahan di rumah... will give feed back kalau buat... Insyaallah


12-12-2006, nurul =) komen :

biskut digestive tue bole beli kat mana ekk..?


12-12-2006, mutiarazura komen :

nurul, biskut digestive tu ada kat mana-mana super/hypermarket. I beli brand McVities (original flavour) kat Carrefour, Jusco etc bahagian jual biskut. Nanti kalu I jumpa gambar boleh upload kat atas.


13-12-2006, minah komen :

Klu ganti dengan biskut marie leh tak?!


13-12-2006, mutiarazura komen :

minah, boleh je...ikut citarasa..tapi trust me, biskut digestive ler yang paling sedap buat kulit cheesecake. Bila campur butter, bau dia wangi sangat! Oreos pun sedap, tapi combination kulit ngan inti tu mesti ngam, baru sedap!


15-12-2006, inaz komen :

whipping craem / fresh cream tu same ker...


16-12-2006, mutiarazura komen :

Betul tu inaz...sama saja kedua-duanya :-)


17-01-2007, nizam komen :

fresh cream dgn cream cheese tu suhu bilik ker..


19-01-2007, mutiarazura komen :

nizam, iya seeloknya suhu bilik


23-04-2007, Ayu61279 komen :

apa beza whip cream & whipping cream?


09-05-2007, mutiarazura komen :

ayu, whip cream tu tak boleh guna untuk cooking/baking, selalunya diguna untuk hias kek atau dessert. Whipping cream sama macam fresh cream, boleh guna dalam masakan.


05-11-2007, akakscorpion komen :

mutiara, kalau nak gantikan biskut tu dgn oats boleh jugakan sebab pernah beli dekat secret recipe, tapi cara nak buat sama guna biskut ke?


05-11-2007, mutiarazura komen :

akakscorpio, i penah tgk kat secret recipe cheesecake yg taruk oat tu, tp x penah lak cuba. Cara buat sama je utk tp x pasti campur butter cair ke tak base oat tu. Kalau tak campur nanti dia berderai tau...Anyway, cubalah, kalau menjadi leh share cara-caranya k? :-)


22-02-2008, dums7 komen :

aku cam kenal jek org yg bagi resipi ni. Bos lame aku ni.. kak zura! slalu bwk dtg opis resipi dia. mmg best2! tingat cheese cake akk!! huhuhu -=zehan=-


20-04-2008, mutiarazura komen :

woit zehan! hehe...lama x dengar citer..haa..ni dah jumpa resipi kenala cuba tau! :-D


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu