Google+

oleh: dayang_jack Kepak Ayam Barbeku

Img1449a

Resepi sendiri. Cara menyediakannya pun mudah dan rasanya sungguh sedap. Hidangan BBQ ini sentiasa menjadi keutamaan kpd tetamu terutamanya ketika majlis harijadi, annual dinner, pot luck dsb..selamat mencuba!


Created on : 23-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dayang_jack




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 10 ketul kepak ayam
  • 3 sudu besar sos barbeku (cap Life @ mana2 brand pun boleh)
  • 1 sudu besar sos masam manis @ sos plum (madu di dlm sos ini akan memberikan kilatan pd ayam setelah dimasak)
  • ½ biji lemon (ambil jusnya)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sdt garam & gula
  • 1 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak

Cara-cara

  1. Ayam dicuci dan dilap bersih dengan tisu kertas. Kelarkan sedikit kepak ayam dengan pisau (supaya cepat masak di bahagian isi dalamnya apabila dibakar).
  2. Gaulkan ayam bersama bahan2 di atas di dalam satu bekas dan tutup kemas dengan kertas foil. Perap selama 2 jam atau semalaman.
  3. Panaskan oven dgn suhu 200°C. Sediakan dulang utk membakar ayam. Lapikkan dulang tersebut dengan kertas foil dan dilengser sedikit minyak. Susun kepak ayam di dalamnya. Bakar selama 20 minit.
  4. Kemudian keluarkan dulang dr oven lalu dikaupbalikkan ayam tersebut. Renjis2kan sedikit dgn baki bahan perap td. Bakar lagi selama 20-30 minit atau tunggu sehingga masak(bergantung pd jenis oven)
  5. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama sos cili/mayonis/dressing salad.
  6. ***kepak ayam ini boleh dimasak cara bakar, gril dan goreng (cara perapan tetap sama)

Tag

ayam








Laporan Masakan Bergambar (3)

Img1456a
22-01-2009
buat utk dinner....nak promosi kat semua...silalah cube resepi ni...pasti berbaloi...belum cube belum tahu...
Laporan oleh: dayang_jack
Ayamb1
27-01-2009
hai dayang... :) dh lama nk buat ni.. ni ayam versi kukus.. tapi bahan2 follow 100% mcm kt resepi.. sebenarnya nk bakar tapi tak perap dulu.. so malas la takut hasilnya tak seberapa.. esok lusa kita buat versi bakar.. sedap gak versi kukus ni.. not bad... thanks dayang
Laporan oleh: sunkist

wah,..ade versi kukus plak ek,..kreatif ler sunkist nih..dyg x pnh try kukus lg...nanti bole coba...anyway,..thanks 4 trying

Kepak_ayam_bbq2
02-10-2009
not bad.. boleh buat lagi lain kali.. thanks dayang :)
Laporan oleh: sunkist

u're welcome, dear...thanks for trying...mmmuahh!


Komen (6)

25-12-2008, mama_nayli komen :

aduhai..tengok pic je dh terliur..mesti dicuba nih..


25-12-2008, dayang_jack komen :

salam mama_nayli,...cuba jgn x cuba. mmg sedap...


27-12-2008, ziela1977 komen :

akum k.dayang,..sy org baru kat sini. semalam dah buat bbq chicken ni...punyer la sedap & x payah cecah ngan sos cili pun, rasanya dah fantastic..sy ikut 100 persen..nk buat lg next week. hubby pun suke. cume sy x reti le nk antar gambar...ape2 pun tq so much k.dayang....


28-12-2008, dayang_jack komen :

u r welcome ziela1977,...nxt time if nk wat lg jgn lupe invite akak sekali yer...heheh. Alhamdulillah....thanks krn sudi mencuba.


05-06-2010, jhm3632 komen :

nak try gak...


05-07-2011, GEBENG komen :

yummy..gerenti bebdk pun suke kan?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu