oleh: budakecik Brownie Keju

Kl_view_031__copy

Resepi ni ambil dari paper bahagian bersama Norzailani Nordin. Just nak try je..so tu la hasilnye tp rase dia memang sedap.baru keluar oven dah habis separuh tak sempat malam la agak nye..hehe. berpuas hati le bagi org yang baru nak belajar ni..hehe. Ni saya kongsi bersama resepi brownie yang saya dah try.


Created on : 23-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi budakecik




Share


Bahan-bahan ( satu family )

  • Lapisan Coklat
  • 110g coklat masakan
  • 90g mentega
  • 2 biji telur
  • 100g gula castor
  • 60g tepung naik sendiri
  • 1 cmct Vanila esen
  • 40g gajus/badam panggang dicincang
  • Lapisan atas
  • 30g mentega
  • 80g krim keju
  • 30g gula castor
  • 1biji telur
  • 40g tepung gandum
  • 2 cmcb susu segar

Cara-cara

  1. Alas tin dnegan kertas kalis minyak. gris gan marjerin.
  2. cairkan coklat dan mentega secara double boil. biar sejuk.
  3. Pukul telur hingga kembang. masukkan gula hingga sebati.
  4. Campurkan tepung berserbuk penaik.
  5. Masukkan coklat,Vanila, dan gajus. Ketepikan sebanyak 2 camca untuk corak.
  6. Untuk lapisan biasa pukul mentega dan krim keju hingga sebati.
  7. masukkan gula dan pukul.
  8. Campurkan telur, tepung, dan vanila.
  9. Ratakan adunan coklat dlm tin dan rata kan lapisan atas. lebihan bancuhan coklat tadi dijadikan corak marble k..
  10. Bakar 170C selama 45 minute atau sehingga masak.
  11. maklumat lanjut- chefkecik.blogspot.com :) selamat mencuba.

Tag

brownie


Laporan Masakan Bergambar (1)

Brownie_keju
12-03-2009
amat, knor dah buat ni.. sedap, tp kalau kalau dikurangkan tepung kat bahagian cheese tu lg sedap rasanya, thanks ya..
Laporan oleh: nor_67

Komen (4)

24-12-2008, quinnie komen :

amat..akak pun dah ambik keratan akhbar resepi ni....siap dah tempek dalam buku lagi...hhheheh..memang ingat nak mencuba jugak....


24-12-2008, budakecik komen :

2 le kak sy pun ambik keratan 2..teringin nk mncube..nnti akak try le..mmg x rugi le, sedap.


18-04-2011, hananurkasih komen :

hana ada try kek ini but my resepi,kek ni really nice...


22-10-2011, ly82z komen :

cmcb tu apa ya?mcm mana sukatan susu segar ?susu segar susu dutch lady ya.harap tolong saya kerana nk buat kek nya cntik


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu