Google+

oleh: aryani75 Sotong goreng tepung berlada

Image003

resepi ni saya reka sendiri, kononnya nak ikut mcam ala2 chinese style tapi x berapa nak jadi, so saya ubah dgn cara sendiri, boleh laa cuba sndiri ya.


Created on : 23-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi aryani75




Bahan-bahan ( untuk 5 org makn )

  • 1kg sotong
  • 1kotak tepung goreng ayam kentucky
  • 2biji telur (ambil yg putih saja) perlu dipukul tlebih dahulu
  • 400 gram gajus (digoreng dan asingkan)
  • 4 tangkai daun bawang (dipotong dlm 3inci)
  • 1 labu bawang besar (di hiris)
  • 5 tangkai cili kering (digoreng dan asingkan)
  • 5 sudu besar cili boh (terpulang pada individu jika mau pedas)
  • garam dan sedikit gula, ikut rasa masing2
  • 1 peket kecil sohoon (digoreng dan asingkan)
  • 1 kiub ikan bilis
  • sedikit sos thai

Cara-cara

  1. bersihkan sotong kemudian potong kecil, toskan airnya.
  2. Pukul putih telur, celup sotong kedalam putih telur, kemudian masuk kedalam tepung goreng ayam kentucky dan goreng sehingga kekuningan dan asing kan.
  3. Gorengkan gajus, cili kering, sohoon dan ketepikan
  4. Tumis bawang putih dan merah yg telah dikisar sehingga naik bau kemudian masukkan cili boh, 1 kiub ikan bilis, garam gula dan cili sos thai secukup rasa.
  5. Kemudian masukkan sotong goreng tepung dan gaul rata, setelah smuanya sebati dgn smbal boleh laa di masukkan cili kering, bawang besar yang di mayang, daun bawang dan gajus, gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan sohoon goreng dan gaul smuanya sehingga sebati. siap untuk dihidang, Selamat Mencuba....

Tag

sotong









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (1)

23-12-2008, dayang_jack komen :

salam aryani75...welcome aboard...nampak sedap je sotong goreng tpg tu..xpe klu x brp nk jd ala2 chinese style,..ikut je kreativiti sendiri, yg penting aryani dh bjaya cipta satu resepi,..kan patut rasa bangga pd diri sendiri, ape2 pun tahniah eh...satu lg, hrp aryani dpt edit semula pengisian bahan2 dan cara2 membuatnya berdasarkan panduan yg tlh diberikan oleh admin yer...tq 4 sharing recipe.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu