Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Bubur Pedas Sarawak

 Submitted By On 22 December, 2008
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Bubur pedas nama diberi, Masakan tradisi bumi kenyalang; Jangan was-was cubalah sendiri, Kalau tak reti rujuklah resepi dayang.

Ingredients
  • 4 sudu besar rempah bumbu (www.myresipi.com/top/detail/6448)
  • 10-12 ekor udang basah saiz sederhana (dibuang kulit dan dibersihkan)
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 2-3 tangkai cili kering (direndam lembut, dibuang biji dan dikisar)
  • 250 ml pati santan
  • 1½ liter air
  • 2-3 batang kacang panjang (dihiris kecil2)
  • 2 biji kentang (dipotong dadu kecil)
  • 1/2 biji keledek saiz kecil (dipotong dadu)
  • 50 gm tau miu (sejenis sayur dan dihiris)
  • 50 gm fo chu campuran (suun, bunga lily, fo chu kering, cendawan halus - direndam lembut dan dihiris)
  • 2-3 batang jagung muda (dihiris)
  • sedikit daun kesum (diracik)
  • sehelai daun kunyit (diracik)
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 batang serai kecil (dihiris halus)
  • garam, gula dan minyak masak secukupnya
  • lain2 jika nk tambah : daun singkel, sayur lemiding, lobak merah dsb.
Instructions
  1. Mula2 sediakan bahan2 yg diperlukan(jgn ade yg tertinggal).

    IMG1412A.jpg
  2. Panaskan minyak(lbh krg 3-4 sudu besar) dgn api sederhana. Tumis bahan2 kisar dan udang kering hingga terbit bau. Kemudian masukkan rempah bumbu(dibancuh dgn sedikit air) dan kacau hingga pecah minyak.

  3. Masukkan udang basah dan tumis lg hingga separuh masak. Kemudian masukkan air dan kacau rata2. Biarkan seketika hingga mendidih.

  4. Masukkan kentang dan keledek dan kacau. Biarkan selama 1-2 minit atau sehingga empuk. Kemudian masukkan sayur tau miu, jagung muda, serai, daun kunyit, daun kesum dan fo chu. Kacau perlahan dan barulah dimasukkan santan. Kacau lg(jika kuah agak pekat bolehlah ditambah sedikit air). Akhir sekali perasakan dgn garam dan sedikit gula.

  5. Hidangkan. Sungguh enak dimakan begitu saja. Selamat Mencuba!

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All