oleh: alma Kek Kelapa-Lemon

Kek_kelapa-lemon

Kek yang begitu mudah disediakan. Sesuai jika ingin kelainan rasa kek, iaitu selain daripada kek coklat & kek keju.


Created on : 21-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi alma




Share


Bahan-bahan ( 20cm )

  • ½ cwn kelapa parut kering (dessicated)
  • ¾ cwn gula kastor
  • 2 biji telur
  • ½ sdb parutan kulit lemon (boleh ditambah ke 1sdb jika mahu lebihkan rasa lemon)
  • 1 cwn susu segar
  • 125g butter (dicairkan)
  • *1 ½ cwn tepung naik sendiri (diayak sekali)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Griskn loyang kek saiz 20cm, dan alaskan dgn kertas baking.
  2. Gaulkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali tepung (*).Dengan mengguna senduk/sudu kayu kacau bhn2 ini hingga sebati kemudian barulah dimasukkn tepung. Gaul rata dan tuang dalam loyang, ratakan permukaan atasnya. Bakar lebih kurang selama 40minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan sebelum dipindahkan ke atas pinggan kek. Boleh dihias dgn icing atau dihidangkan begitu sahaja.

Tag

kek


Laporan Masakan Bergambar (3)

Snv31021
23-12-2008
K. alma, ni saya guna resepi icing yg akak bagi kat comment tu, senang jer yek. Pastu saya tabur jer kelapa kat atas dia. Tima kasih atas tunjuk ajar.
Laporan oleh: aludra

sama2 aludra! selamat makan kek kelapa heheh

Kek_kelapa-lemon
02-01-2009
Salam..memandai je bubuh kaler oren.hee..xde nak make up dah..terus je hidang utk minum mlm thn baru..hehe..tq kak alma
Laporan oleh: HaSue

welkem sue...xkesah kaler2 / makeup2 tu sue, janji makan...

P1100015
31-10-2011
buat guna kelapa fresh...agak padat sikit tapi lembut..
Laporan oleh: CheqSueCommot

Komen (9)

21-12-2008, aludra komen :

alma.. boleh ajar camana nak buat hiasan ising tu?


21-12-2008, alma komen :

aludra, yg tu alma guna basic icing aje: 180g butter dipukul dgn mixer smpai lembut & ringan. Kemudian tmbhkn 2cwn soft icing mixture (gula icing yg dh campur dgn starch - xsure kt msia dh siap campur atau tak), 6sdk susu segar & bbrp titik esen vanila. Pukul hgga sebati pastu leh la mendeko...atau kt MyR ni dh ada rasenye resipi wat buttercream & icing2 lain, yg tu pun blh.


21-12-2008, aludra komen :

thanks akma... saya nak cuba.. saya bukan kat malaysia.. saya kat holland.. tak reti nak cari bahan2 icing mix lagi.. :)


21-12-2008, eugeniadarwis komen :

kak alma, kalau loyang 8 x 8, tinggi tak keknya?


21-12-2008, shafea komen :

salam... hai org jauh rajin yee ...insayAllah sy kat msia ni akan try buat heeee :-) ...sejuk ye kt sana?


21-12-2008, quinnie komen :

kak alma..dalam cara2 no.2 tu...bahan2 dia tak yah pukul dgn mixer ke nak kasik kembang? saya ada stok kelapa kering kat rumah tak tau nak masak ape..:)


22-12-2008, alma komen :

*aludra: mgkn sana ada kot, cari Soft Icing Mixture, akk gna brand CSR. *G: kek ni tak naik tggi sgt, boleh kot. *shafea: wat le, kek ni nk sediakn xsmpai 10min, masak dlm 40min, cpt & mudah! *Q: xpayah gna mixer, kacau2 dgn senduk kayu, tu aje.


23-12-2008, quinnie komen :

senang la kalau cam gitu kak alma...tq ye sebab kasik tau...nanti saya cuba...


31-12-2008, HaSue komen :

ngah carik resepi nak buat sempena tahun baru..ni dah masuk senarai..hee


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu