oleh: dayang_jack Homemade Bumbu Bubur Pedas Sarawak

Img1374a

Rempah utk memasak bubur pedas Sarawak. Rempah ini jg sesuai utk ibu2 yg sudah bersalin.


Created on : 18-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dayang_jack




Share


Bahan-bahan ( anggaran 250gm utk satu hidangan(nanti check lg) )

  • 1 pot kecil beras
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 6-7 tangkai cili kering (dibuang biji)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai (dihiris kecil)
  • 1 sudu mkn lada putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 50 gm kelapa parut
  • rempah 4 sekawan (1 kuntum bunga lawang, 1 kuntum bunga cengkih, 1 btg kulit kayu manis dan 1 biji buah pelaga)

Cara-cara

  1. Setiap bahan di atas hendaklah digoreng tanpa minyak secara berasingan. Gunakan api perlahan shj dan goreng sampai keperangan(terutamanya beras dan kelapa parut)
  2. Kemudian tumbuk/kisar(dgn pengisar serbuk) bahan2 tersebut sehingga lumat. Satukan semua bahan td dan kacau rata2.
  3. Simpan di dlm bekas kedap udara sekiranya ingin menyimpan lama.
  4. ***untuk memasak bubur pedas, sila rujuk resepi dayang di www.myresipi.com/top/detail/6477 atau rahman bestari di www.myresipi.com/top/detail/1130


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (11)

19-12-2008, kemma81 komen :

dayang, rempah 4 sekawan tu ltk byk mane? bunga lwg brp kuntum, cengkih, brp kuntum, buah pelaga brp biji n kulit kayu mnis brp btg...?


19-12-2008, kemma81 komen :

dayang ckp ssuai utk ibu yg dh bsalin...yg tgh mngandung bleh x mkn ni? heheh...tQ


19-12-2008, dayang_jack komen :

slm kemma81,..thanks 4 the questions..1st of all, bubur pedas Sarawak ni mmg lain rasanya n ade keunikan tersendiri dr segi cara pembuatan rempahnya dan cara2 memasaknya. masakan ni quite femes kat sana bahkan sampai ke smnjg. cuma rempah bumbu blm lg dikormersilkan secara besar2an sedangkan skrg sdh ade tlalu byk permintaan. maybe x lama lg le kot. tp dayang buat sendiri je...utk ibu2 yg tgh mengandung yg mengidam nk mkn, bleh gak mkn tp dgn kuantiti yg sedikit je sb rempah ni panas(ade kunyit, lada putih n lada hitam). Rempah 4 sekawan tu semuanya satu2, x perlu banyak...tq


25-12-2008, OGOM komen :

REMPAH KTK TOK NYAMAN KAH?BRP SIGEK KTK JUAL?KTK TOK BUKAN DYG ZARINA ANAK JACK JONI DOLOKKAH?


25-12-2008, dayang_jack komen :

hai OGOM,..rempah mumbu kamek tok nang boleh tahan rasanya sebab dah biasa molah dan belajar dari urang tua kamek. kamek akan molah mun ada urang nak meli macam kawan2 kamek selalu juak order dari kamek. kamek jual rm5 untuk 100gm. Maaf, kamek bukan Dyg Zurina. tp nama Jack Joni ya mcm penah dgr. kamek dah lamak diam di Kl dah 13 thn.


28-08-2009, Kamaluddin59 komen :

Thanks Dayang. Dolok ada Wa kamek merik resepi tok, tapi ilang. Sik berani nak nayak lagik, syukur juak kitak ada madah di sitok, boleh juak kamek try.


29-08-2009, dayang_jack komen :

<Kamaluddin59> : u're welcome. cuba jak resepi tok. InsyaAllah sedap. kamek pun dh lamak juak x molah tok. nang nyaman bah.


14-09-2009, ezzzam komen :

alhamdulillah ada juak orang share resepi tradisional sarawak tuk, lama dok semenanjung , rindu juak kat bubur pedas...terima kasih. selamat Hari Raya


11-05-2010, jade amira komen :

thanks very much dayang 4 the recepi,dh lamak kmk carik resepi tuk,baruk dpt,kmk tuk jaoh dh lamak sik pulang m'sia apatah lagik s'wak.lamak sik mkn mknan s'wak,nasib baik ktk sudi kongsi resepi dpt juak rasa bubur pedas,thk u thk u


28-12-2010, ANDAR komen :

terima kasih dayang ..saya org semenanjung yg suka mcuba masakan dari segenap pelosok negeri...kalu ada resipi dari sarawak yg lain dharap dapatlah share ye..


25-07-2011, dinna ali komen :

thanks dyg...ktak x lokek dgn resipi tok...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu