Google+

oleh: maksu om Lepat Liat Lemak

Imej032

Kuih orang lama. Hati-hati untuk yang pakai gigi palsu...tercabut naya...Hi hi hi


Created on : 18-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi maksu om




Bahan-bahan ( 35 biji(saiz besar sikit daripada ibu jari dewasa) )

  • 5 cawan tepung pulut
  • 2 cawan santan pekat (guna cawan yg sama utk sukat tepung tadi)
  • 1/2 cawan gula merah
  • 8-10 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sudu garam
  • daun pisang secukupnya untuk balut.

Cara-cara

  1. Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan garam dalam bekas. Kacau hingga semua bahan larut.
  2. Tapiskan ke dalam tepung yang telah tersedia dalam bekas lain.
  3. Gaul dan uli sampai sebati menjadi doh.
  4. Ambil sedikit dan gentel (utara- gelinte) menjadi panjang. Letakkan atas daun pisang. Lipat macam tepung bungkus.
  5. Pastikan bahagian selisihnya kemas, bimbang apabila dikukus ianya akan membuak keluar.
  6. Susun dalam pengukus dan kukus untuk 25-30 minit.
  7. Apabila dah sejuk..makan le.
  8. **Walaupun ianya liat tetapi tak melekat kat daun pisang sebab ada santan. Selamat mencuba.***

Tag

kuih-muih









Laporan Masakan Bergambar (2)

Lepat_liat
24-12-2008
Buat malam tadi. Adunan terlembik sedikit.Thanks for the recipe.
Laporan oleh: hazila

TQ hazila sudi cuba resepi nie...lembikpun ia tetap liatkan..?Tak per wat plak lain kali, mak su pun mcm gitu jg 1st time cuba.Tahniah...

Dsc00043
07-03-2012
salam maksu Om, ni lh pestaim kakbesah buat lepat liat. slalu dok baca rspi sanasini, tp x trbuka hati nk cuba buat. tengok rspi maksu yg trsangat mudah ni, akk pn try. Alhamdulillah, sdp sgt. hb n ank kata mcm mkn dodol. rugi x buat dri dulu lg..hehe.. jazakillahukhairan maksu krna brkongsi respi ni, akn akk buat slalu..hehe..
Laporan oleh: kakbesah

Komen (9)

19-12-2008, nurnikisha komen :

thanks maksu om...hehheh...dah lamer kish carik resepi nih...suka sgt makan masa kecik2...skang ni susah dah nak carik org jual sbb ramai yg tatau buat kot...heheh..nak2 skang ikut hubby dok kat panatai timur..lagik laaaaaa...tak juper..anyway,thanks..will try it ASAP n will give feed back!!:)


19-12-2008, nurnikisha komen :

btw,maksu..biasanya org boh inti kelapa parut yg digaul sedikit garam kan kat tgh dier??:)


19-12-2008, bee_rbs komen :

maksu, tima kasih tempek resipi ni...bee mmg dok cari dah lama...masa arwah tok & wan ada sll buat....tapi dah lupa ...tq (3x)


19-12-2008, maksu om komen :

Hi nurnikisha, memang ada yg boh inti tapi klu x salah tu nama lepat inti. Lepat liat ni pun maksu selalu golek dlm nyok boh garam. Maksu buat kecik klu nak boh inti susah le sikit...


27-12-2008, mardi komen :

salam, maksu kenapa wat kcil sangat? nenek saya pun selalu wat. tapi bsrlah sikit.


28-12-2008, maksu om komen :

Saje...nak nampak comel,secomel maksu...he he he.


28-12-2008, mardi komen :

oh yeke maksu ni cute, kcing sy lg cute. tq sbb bagi resepi ni.


24-12-2009, hyda komen :

..aim untuk esok petang..ehehe..thanks ye for da resepi...


03-10-2011, zuieda komen :

kena try ni...lgpun suami suka tima kasih maksu om


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd