Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
seekor ikan terubuk, dibuang sisik, ikan dibelah 2 (rentap untuk kurangkan tulang merata2)
10 biji cili api(kalau tak suka pedas, kurangkan mengikut citarasa
1 sudu besar lada putih
3 ulas bawang putih
1 mangkuk kecik asam jawa (pekat)
3 sudu besar sos tiram
garam dan perasa
Cara-cara
bersihkan ikan
tumbuk bawang putih, cili api dan lada putih sekali (separuh lumat)
masukkan ikan mangkuk atau periuk tahan panas (cthnya vision ke, atau apa2 mangkuk yang tahan panas)
semua bahan yang ditunbuk tadi dimasukkan ke dalam ikan dan sapu kan ke seluruh bahagian ikan yang telah dibelah dua.
curahkan air asam jawa pekat ke dalam periuk tadi. letak garam dan serbuk perasa dalam air asam ni, kacau sebati , baru tuang kat ikan, jangan masukkan biji sekali