Google+

oleh: dyna Sambal kerang

Sambal_kerang

resepi amik dari internet..


Created on : 09-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dyna




Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1 mangkuk kerang yang telah direbus dan buang kulitnya
  • 1/2 biji bawang besar dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • sedikit belacan
  • sedikit air asam jawa
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • 2 sudu besar cili giling
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar sampai wangi.
  2. masukkan cili giling dan belacan
  3. masukkan air asam jawa, sos tomato, garam dan gula.
  4. masak sampai kuah agak likat dan masukkan kerang serta bawang yang dimayang.
  5. biarkan seketika sampai bawang layu.. boleh lah dimakan bersama nasi atau nasi lemak









Laporan Masakan Bergambar (1)

Dscn1364
02-08-2009
menu tengahari nie... sedap.. tq tq tenque
Laporan oleh: tfsalihah

Komen (3)

21-09-2008, upin komen :

mmmm....sedap & simple blh buat selalu, thks dyna


04-04-2011, piejot'scerukdapor komen :

sedap....dah lama tak masak sambal kerang


13-12-2011, maza434 komen :

sedap dimakan bersama nasi lemak dan pulut kukus


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd