oleh: Sharm1969 Popia Goreng Telur

Dsc00271

Resepi ini saya pelajari dari emak angkat saya yang tinggal di Kluang, Johor


Created on : 13-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Sharm1969




Share


Bahan-bahan ( 20 gulung )

  • 20 keping kulit popia (ikut suka kalau nak buat banyak)
  • Bawang merah besar - saya potong 2 lepas tu hiris nipis-nipis, ramas (ikut suka)
  • Cili merah basah dihiris (ikut suka)
  • Telur 5 biji (ikut suka)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bawang, cili dan telur dicampurkan macam kita buat telur dadar
  2. Tambah garam secukup rasa
  3. Letak kulit popia dalam pinggan, ambil sesudu besar telur yang telah dikacau letak di atas kulit popia.
  4. Gulung kulit popia kemas-kemas dan calit sedikit bancuhan telur untuk mengemas gulungan.
  5. Goreng dalam kuali yang minyaknya telah dipanaskan. Hidangkan segera kerana rasanya lebih sedap sewaktu masih panas tapi tuan/puan janganlah lupa sejukkan sebentar.
  6. Makan begitu sahaja pun enak atau dimakan dengan sos. Kalau suami saya siap dengan mayonis sekali. Cuba jangan tak cuba.
  7. Sebenarnya resepi ini mengikut citarasa tuan/puan sendiri untuk menambah bahan-bahannya. Lebih popia lagi ramailah yang boleh sama-sama makan.

Tag

snack


Laporan Masakan Bergambar (5)

7hb_001
07-02-2009
Projek nak ngabiskan kulit popia dlm esbox.nak wat seaweed chips stok seaweed da abis.try resepi ni,sedapp gak..adik kate mcm roti telur pun ader..tq kak Sharm. :)
Laporan oleh: HaSue

Terima kasih Ha Sue kerana mencuba resepi ini.

7hb_002
07-02-2009
Ni stlh dpotong..mmg sedappp cicah ngan kari.kite lak suke cicah mayonis+sos cili tadi...'tadi' sbb semua dah abis kena telan.yg dlm gamba ni pun suku dr yg dbuat.hihii..tq again.
Laporan oleh: HaSue

Tambah lobak merak yang disagat pun SODAP. TQ

Dsc01045
10-09-2009
Salam Ramadhan buat semua ahli MyR yang beragama Islam. Buat dua jenis popia. Satu telur n bawang saja, satu lagi, cili, bawang, lobak merah n telur shj.
Laporan oleh: Sharm1969
Popiatelur
21-10-2009
best popia ni sebab simple n sedap...mudah jugak nak buat...cepat dan pantas....tq ye atas resepi yg dikongsi..:)
Laporan oleh: quinnie

Hai quinnie, tq juga untuk awak, selamat makan bersama keluarga tercinta.

Popiah_telur
28-12-2011
terima kasih untuk resepi..senang dan sedap :D
Laporan oleh: yayah303

Sama-2..memang senang dan mudah...


Komen (10)

24-12-2008, ikin scha komen :

maaf ye,sblum mcukkan dlm kulit popiah...kena grg dlu ke adunan tlur tu(ala2 sramble)...?sbb mention telur yg tlh dikcau...means mentah ye..?


03-01-2009, Sharm1969 komen :

Mula sekali maaf lambat edit. Bukan macam scrabble egg. Bancuhan telur dadar.


09-02-2009, ieyka komen :

xmuak ke makn??mcm aiskrem goreng..skali mkn daa rse laen


10-02-2009, Sharm1969 komen :

Hi, ieyka, saya rasa makanan ini tak memuakkan, awak cubalah dulu, baru tahu. Makan dengan sos cili & mayonis pun SODAP. Tapi apa-2 pun tekak orang lain-2. Selamat mencuba.


30-04-2009, roti_tirai komen :

wau..mcm sedap...ni boleh masuk dlm biz menu catering untuk kanak2 tusyen nanti.mesti cuba...mudah...nyum nyum...


24-05-2009, Sharm1969 komen :

Salam roti_tirai, maaf ye baru perasan komen anda. Memang mudah dan insyaallah anak-2 mesti SUKA. Selamat mencuba.


24-06-2009, Teratai Desa komen :

masak ke brg kat dalam tu.. apa pun nak cuba gak bab stok kat esbox ada lagi.


24-07-2009, Sharm1969 komen :

Teratai Desa, jangan risau bahan dalam kulit popia tu gerenti masak. Selamat mencuba. Maaf baru perasan..dah sebulan.


01-12-2010, amienuar komen :

Salam. Tak meleleh ke telur yang di bubuh atas kulit popia tu. Nak juga cuba.


09-10-2011, azzua komen :

MEMANG SEMP0I !!! User click URL anda,anda dapat duit..Jom sama2 buat duit lebih..sertai sekarang.. http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=azzua SY CUMA INGIN BERK0NGSI REZEKI YG TUHAN BERI..CUBA DULU BARU TAHU..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu