Google+

oleh: dayang_jack Kek Lapis Evergreen (kukus)

Img1305a

satu lg resepi kek sedap versi dayang yg amat sesuai utk hr perayaan. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha!


Created on : 07-12-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dayang_jack




Bahan-bahan ( loyang berukuran 7 inch )

  • 10 biji telur ayam gred A (asingkan putih dan kuningnya)
  • 16oz/500g mentega (dibahagi dua)
  • 1 gelas gula kastor (ini sukatan dyg, dh kurangkan 1/2 gelas dp resepi asalnya krn xnk manis tp kalau add 1/2 gelas pun kira ok gak)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 peket kecil horlicks
  • 2 senduk nasi biskut marie kisar(diayak)
  • 1/2-1 botol kecil pandan paste koepoe-koepoe (kalau xde, guna pandan emulco cap Nona sbyk 3 sudu besar)
  • 1½ gelas tepung gandum

Cara-cara

  1. Lapisan Hijau : Kuning telur dipukul sampai kembang. Di dlm mangkuk berasingan 1/2 gelas gula kastor dan 8oz/250g mentega dipukul sampai putih dan barulah disatukan dgn kuning telur td. Kacau rata2. Kemudian masukkan horlicks, tepung roti marie dan pandan paste dan kacau sampai sebati.
  2. Lapisan Putih : Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lg. Di dlm mangkuk berasingan, pukul mentega selebihnya dgn susu manis sampai putih dan barulah disatukan dgn putih telur. Putar dgn kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata2.
  3. Kukus lapisan hijau terlebih dahulu (kira2 3 senduk nasi) dan apabila masak(lbh kurang 10 min), tuangkan adunan/lapisan putih (3 senduk nasi) di atasnya. Buatlah berlapis-lapis sehingga habis. Pastikan loyang ditutup kemas dgn kertas foil ketika mengukus.

Related Recipes









Laporan Masakan Bergambar (1)

052
12-06-2013
Untuk pertama kali buat, sangat berpuas hati walaupun lapisnya x brp cntik lagi, tq dayang
Laporan oleh: ati_hayat

Komen (10)

21-12-2008, zuzu282 komen :

nampak cantik n mcm sedap jer..tp nak tanye..dp biskut marie tu camane..tak paham la


21-12-2008, dayang_jack komen :

salam zuzu282,..trima kasih krn sudi bertanya. sbnrnya biskut marie yg biase kte beli tu bleh dibuat jd tpg roti. cara2nya senang je, tumbuk biskut marie sampai hancur n jd serbuk, then diayak mcm tepung. kalau ade pengisar serbuk/cofee grinder lg bagus, xle penat sgt nk menumbuknya. hrp jelas yer...tq


21-12-2008, dayang_jack komen :

zuzu282, rasanya blh tahan gak n x muak. cume dlm resepi ni, dayang dh reduced kan gula kastor sb xnk manis sgt. tp klu nk rasa manisnya lbh sket, boleh le ditambah 1/2 cup lg. try le wat, mmg x rugi...


22-12-2008, emma76 komen :

nape sy buat lapisanya x rata... ia berombak2... apa masalahnya. tapi rasa boleh tahan cuma x cantik je...


22-12-2008, dayang_jack komen :

emma76,...lapisannya berombak mungkin disebabkan bbp faktor : antaranya, adunan x sebati masa diputar (pastikan tepung dan jg tepung biskut marie diayak dgn sempurna sblm digaulkan dgn bhn2 lain), semasa mengukus, mungkin jg lapisan adunannya x masak dgn sempurna sb tu lah lapisannya jd berombak..take ur time, kdg2 bergantung jg dgn jenis pengukus yg digunakan- dayang menggunakan pengukus berukuran 34cm...emma, kalau x keberatan, submit le dgn gambarnya sekali..x cantik pun xpe, yg penting keknya dh jadi. biasalah nk buat kek ni x semestinya perfect. but at least we learn sth, right?...ape2 pun thanks krn sudi mencuba. jangan serik yer...


31-03-2009, maariana_zek komen :

dayang..cantiknya semua kek2 lapis dayang..color dia menarik sgt.


31-03-2009, dayang_jack komen :

tq maariana...bukan shj cantik dipandang, malah sedap dimakan...hehe. Cubalah resepi ni. kalau ade musykilah, bolehlah bertanya yer...tq


31-03-2009, honeysnur komen :

salam k.dayang..kalau bkar bleh x kek ni..


31-03-2009, dayang_jack komen :

wlkslm honeysnur, ade 2 jenis kek lapis evergreen Sarawak. Kukus dan bakar. kek ni mmg khas utk dikukus dan yg dibakar plak ramuannya x sama dgn yg ini. honey boleh cari resepinya kat dlm myr ni. akak x penah cuba utk kukus kek ni, takut nanti resultnya x memuaskan. tapi kalau honey nak cuba bakar kek ni, bole juga. Wallahualam.


12-06-2013, ati_hayat komen :

dayang, dh try dan dh htr laporan, tp ada bbrp bnda nk ty: 1.adunannya mmg likat sedikit ye dr kek biasa. ke ati yang x sebati adunkan bhn2 2. bila dh msk, keknya mcm berminyak sikit. yt guna (buttercup je) mmg cmtu ke? btw, rsnya mmg sgt sedap, baunya semerbak dpur...harum sgt!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu