oleh: gohmimie Daging masak black pepper

Blackpepper

senang dan sedap!


Created on : 07-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 200gm daging
  • 2 sudu makan black pepper
  • 3 sudu makan madu
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan susu cair
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • garam, aji, gula & minyak

Cara-cara

  1. Daging dihiris nipis², bawang putih & halia ditumbuk hingga lumat, blackpepper ditumbuk kasar, bawang besar dibelah 4.
  2. Perap daging bersama sos tiram, black pepper dan madu, selama 1 jam...lagi lama lagi sedap.
  3. Panaskan kuali, tumis halia & bawang putih hingga kekuningan.
  4. Masukkan daging...tambah sedikit air dan tunggu hingga daging empuk & masak...masukkan bawang besar tunggu hingga layu...bawang besar boleh diganti dengan daun saderi or daun sup...and rasa dia pun akan lain sket...hiks!
  5. Masukkan garam, aji, gula dan susu cair...kalau nak lebih creamy tambah susu cair lebih sikit.
  6. Siap untuk dimakan.

Tag

daging




Laporan Masakan Bergambar (4)

Img_0382
05-03-2007
mmg simple tapi best...
Laporan oleh: imanazyan

nampak cam sedap jekk...

Black_pepper_beef
02-07-2008
kita bagi 5* sedap sesangat...tq ;)
Laporan oleh: tulip77

Thank you sebab sudi cuba this recipe...

P4260117
27-04-2009
wat lagi ;) tp masuk kicap pekat & kering skit
Laporan oleh: tulip77

wah! dah nampak improvement

Dagingblackpepper
03-07-2009
Terima kasih gohmimie, resipi yang menyelerakan, tapi saya press daging and then perap, but tak letak susu cair. ape pun sedap...
Laporan oleh: ibufarzana

actually...susu cair tu untuk rasa creamy saja


Komen (16)

07-12-2006, admin komen :

gohmimie.. pls rujuk cara masukkan resipi di http://www.myresipi.com/help/isiresipi.html atau rujuk resipi u yg sebelum ini. Thanks.. sudi berkongsi resipi di sini.


07-12-2006, gohmimie komen :

skrg baru lah aku tau...hiks! Thanks Admin


07-12-2006, minah komen :

Klu daging ganti dengan ayam leh tak?! sebab suami minah suka daging ayam!! tq.


08-12-2006, gohmimie komen :

boleh! no problem...selamat mencuba...


05-02-2007, anakbitin komen :

memang sedap.....


04-06-2007, azzlly komen :

mcm mana nak buat sos black papaer untuk stick


04-06-2007, yani komen :

azzlly.. try ler resipi sos lada hitam di http://myresipi.com/top/detail/705


05-09-2007, miz_lynne komen :

erm.. sedap.. tp i ganti daging dengan hati.


13-11-2007, nandymars komen :

when do we need to include the sos tiram?


07-02-2008, neveremailme komen :

Saya cuba resipi ni semalam, memang best. Dah lah la ni kat Madrid Sepanyol, dengan sejuk2 ni, makan, terangkat!


02-07-2008, tulip77 komen :

berair2 mata mkn...berasap tinga... kena penangan lada hitam pakistan!!! resepi nih mmg sedap ;) tq...tq...


11-08-2008, iesza komen :

nape cara2 yg last takdek ckp pun msk kn sos tiram...leh caye ker resepi ni...erm kt try ler cam ner ase nye...bebeh


18-11-2008, nanie_sweetheart komen :

boleh tak saya nak dapatkan resepi tom yam santan


09-06-2009, anne_kevin2 komen :

boleh tak ganti susu cair dgn santan?


25-09-2009, gohmimie komen :

sorry pasal sos tiram...dah edit tempat mana kena letak sos tiram... owh...susu cair tu kalau mahu creamy baru letak...tiada pun ok...kalau letak santan tidak pasti rasanya nanti... kalau mahu try tidak salah juga kan? hehe


14-12-2009, akmalina komen :

saya baru cuba resepi ni td,best giler...husband bagi 3 bntg.sebelum ni saya tak pernah masak resepi yang bagi saya susah ni...ble sye cube td tak sangka menjd...lps ni tak perlu mkn kat luo lg!tq....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu