oleh: rosbiru Kek coklat kukus

No picture

Simple. Sedap. Terangkat!


Created on : 07-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 camca serbuk penaik
  • Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air suam

Cara-cara

  1. Panaskan air untuk mengukus.
  2. Ayak bahan A. Ketepikan.
  3. Pukul semua bahan B, kecuali air suam sehingga sebati.
  4. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati. Masukkan air suam.
  5. Tuangkan bahan-bahan tadi ke dalam tin kek. Tutup dengan suratkhabar (tebal) dan ikat meggunakan tali dengan kedap.
  6. Kukus selama satu jam.

Tag





Laporan Masakan Bergambar (3)

Picture_073
26-06-2007
lebih kurang cam ni la rupa dia..nampak berkilat n keras, tapi lembut sebenarnya, moist gitu..
Laporan oleh: suriHati
Picture_071
26-06-2007
ni masa lom potong, loyang aku besar lak.. so nampak mcm x naik ja..tp ok sebenarnya..
Laporan oleh: suriHati
Kek_coklat
23-08-2007
ni kek yg wat semlm...sedap.. thanks
Laporan oleh: rai

Komen (9)

07-12-2006, zeera komen :

Rosbiru, tempek la gambar, i nak tgk hasil kek coklat yang dikukus ni.. bleh ye.. ;


07-12-2006, rozie2868 komen :

Boleh tak tutup dengan foil ke atau plastic cover daripada suratkhabar. Tak basah ke suratkhabar tu bila dikukus. Kenapa yek kena tutup?


13-12-2006, yellowgirl_park komen :

sebab kalau guna newspaper wap air tu tak masuk dalam adunan kek tu. tapi kena selalu tengok la newspaper tu kalau dah berat sangat tukar la yang baru :)


15-12-2006, rosbiru komen :

ops, dah lama tak jenguk sini.. zeera: hehe, saya takde camera sendiri. selalu jugak buat tapi nak buat macam mana? okeh, kita masuk dalam alam bayangan, kek coklat ni rupa dia bulat, warna dia coklat, gelap.. rasa dia.. fuuhh.. haha.. dapat imagine? rozie2868: erm, tak taulah, saya ikut cara mak saya... yellowgirl_park: thanks sebab jawabkan! ;)


28-12-2006, normanz komen :

boleh tutup dgn kertas coklat tak?kalau buat kek ni dia tahan berapa hari?maner la tahu nak buat utk hari raya simpan dlm peti sejuk tahan tak?pic dia tak de ke..bunyi mcm sedap...heheh


15-05-2007, tunaz komen :

haritu dah try buat kek ni..mmm. best gakk...anak sdare kite suka makan..bila balik rmh dia mesti dorang soh buat kek ni lagi.. pastu senang nak buat..memang simple...cayalahhh...yang lain2 tu...brani2la cuba...


22-05-2007, jaja7176 komen :

hi, resepi ni nampak menarik sgt and simple. wajib cuba tapi kene tunggu betul2 ade mase. tak pernah cube buat kek kukus.


27-06-2007, zla komen :

zla slalu gak wat kek kukus,tp seeloknya tutup ngan aluminium foil lebih selamat.selalunya zla guna gula perang sbb lebih sdp berbanding gula pasir biasa.


23-08-2007, hsl komen :

nk try nih..wajib nih..tp nk tneyr ah..kurang phm ah suh tutup ngan surat khabar tu/..ikat ketat2?..kompius sket..klu dh wat adunan suma..tuang je kat bekas n kukus x leh ker?..tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu