Google+

oleh: newbie123 Apple Crumble

Dsc05512

Resipi mudah bila teringin nak makan dessert tapi penyakit malas melanda.


Created on : 28-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi newbie123




Bahan-bahan ( untuk 3-4 orang makan )

  • 3 biji apple hijau Granny Smith
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula (campur gula putih dan perang)
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1-1 1/2 cawan tepung (semasa di gaul dgn butter, campurkan secukup tupung sehingga adunan jadi seperti serbuk roti sahaja)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Kupas apple, buang bahagian tengah dan potong dadu. Gaulkan dengan 1/2 cawan gula, serbuk kayu manis, dan masukkan kedalam acuan.
  3. Didalam satu mangkuk, campurkan tepung, 1/4 cawan gula,dan butter. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti. Untuk memudahkan kerja, potong butter kecil-kecil sebelum digaulkan.
  4. Dsc05511
    Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Bakar lebih kurang 30 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan. Siap untuk dinikmati begitu saja atau dengan aiskrim vanilla.

Tag

snack SNEK kek

Laporan Masakan Bergambar (6)

Apple_crumble
01-12-2008
Senang dan sedap. Thanks
Laporan oleh: hazila

Rasa mcm makan kuih tat kan :)

2001
20-01-2009
syg btol xde aiskrim vanila utk mkn dgr apple crumble ni
Laporan oleh: sunshine91
2011-09-18_16
26-10-2011
Dah buat cume temanis skett.. Skett je.. huhu..
Laporan oleh: Miss_ShaSha

thanks for trying..baru perasan sukatan tepung lupa nak letak kat ingredients. dah edit dah selepas bertahun :)

Dsc02243
11-11-2011
sedap dan mudah nk buat... first time cuba n family suke...
Laporan oleh: Adda Comey
P1030269
24-11-2011
alhamdulillah saya buat bentuk muffin. belum rasa lagi sbb puasa. xsabarnye!
Laporan oleh: hafizah_mfawzi
Dsc00998
06-10-2013
best dan simple resepi
Laporan oleh: 123456


Komen (9)

28-11-2008, aludra komen :

newbie.. rasanya cara buat adunan tepung tertinggal kot..


02-12-2008, siti_khuzaimah78 komen :

err takde pun bhn2 utk adunan tepung...tup2 ada buat adunan tepung. Tertinggal rasanya nih...


18-02-2009, chibinina komen :

tapi pakai tepung aper??? kompius2!!


07-04-2009, sunshine91 komen :

sy tlg jwb utk newbie ye. gune tepung gandum. dlm 2 cwn atau cukup2 utk jadi crumble. boleh adjust amount tepung.


12-01-2011, kakbesah komen :

syukur..ada yg tlg jawapkn msaalah tepong.akk dh lama cari resepini,nmpak kt tv juliza adlizan buat...tq 4 d recipe,newbie & sunshine..!


05-08-2011, Aslena komen :

Itulah... Sukatan untuk tepung nya brape ye?


05-08-2011, Aslena komen :

Nasib baik Ada kita punya lil sunshine. Heheheh


05-08-2011, Aslena komen :

Nasib baik Ada kita punya lil sunshine. Heheheh


15-04-2012, awin12 komen :

Nak mintak komen/pendapat kalau masak guna Convention bake Function Microwave baper temp & masa?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd