oleh: zeera Pau Kacang Hitam

Rr_007

Simple kuih pau... (dapat resepi dari member.. teringin sgt nak makan pau hari ni ;)


Created on : 06-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • --Doh--
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 1/4 cawan air suam
  • --Inti--
  • 2 genggam kacang hitam / merah
  • 6 sudu gula pasir
  • sedikit minyak

Cara-cara

  1. Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
  2. Larutkan gula dengan air suam.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
  5. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
  6. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.
  7. Sedia untuk dihidang bersama kopi O..




Laporan Masakan Bergambar (1)

Pau
23-12-2006
guna inti kacang segera.. senang bg org yg kena penyakit "M"
Laporan oleh: yani

Ok la tu, yang penting ada.. ;)


Komen (18)

06-12-2006, miza komen :

nape tak dituliskan care2 nya..mak sy buat tak ltk pulak tepung jagung utk ape ye ltk tpg jgg tu..tunjukkan care buat intinye skali ye


06-12-2006, zeera komen :

Miza, masa awak baca tadi tu pc i disconnected... tak siap lagi resepi ni masa tu.. bukan tepung jagung, minyak jagung.. ;)


07-12-2006, junjs11 komen :

hai, saya jun..lama dah kat sini tp br join, hikks..mmm...nampak macam sedap jer pau tu..


07-12-2006, zeera komen :

hi jun... buat la, senang aja kan..


09-12-2006, iffa komen :

kalau nak buat inti guna kacang merah just rebus sekejap than blender and than masak balik atas api, inti dah nak kering baru tuangkan sedikit minyak, sedikit tips dari sy, selamat mencuba


10-12-2006, zeera komen :

tQ for the tips, iffa..


15-12-2006, gohmimie komen :

errr...kenapa mesti pakai minyak jagung ek? kalau pakai minyak masak biasa...x boleh ke?


27-12-2006, ummuaiman1 komen :

ada jual ker minyak jagung tu? minyak biasa tak boleh ker?


09-01-2007, sarsafarilla komen :

salam..cmne nk tau rebus kacang tu brape byk air ek, ade anggaran x, nisbah ke?


08-03-2007, Suriyati komen :

Am going to try this.. rasa macam teringin nak makan pau nih lah.. Kalau pakai kacang merah segera. Do I have to reheat or I can just use it straight away from the pack??


12-03-2007, margaretwong komen :

1. Satu perempat cawan gula tu kira- kira berapa berat dalam gm? 2. Satu cawan air kira-kira berapa ml? Saya tak tau saiz cawan yangmana nak guna.


02-05-2007, zeera komen :

Just use it straight away from the pack, suriyati... Margaretwong, i pun tak sure tapi u boleh dapatkan measure cup tu kat supermarket, dia jual 1 set, cup and spoon.


28-06-2007, dhamia komen :

yani ni rajin ler..mana2 kuih semua dia cuba


10-08-2007, Hardlena komen :

dh lama sy nk bikin pau x jgk dpt buat. dh ader resipi ni ble la sy cuba nnt.


04-09-2007, minah_selebet komen :

nak tanya.. yeast mauripan ke .. yis beku tu? minyak jagung leh gantikan dengan minyak biasa tak?


16-11-2007, wakjanggut komen :

zeera, nak tanya...... kalau nak nampak pau putih gebu , guna tepong cap apa ekk.


01-12-2007, cha komen :

askum zeera..thanx 4 da resipi..cha da try wat smlm..lembut je..sedap..family pon puji..ni 1st time cha wat pau sdri..thanx a lot..


10-02-2008, simanis0 komen :

belum cuba lagi pau ni....pau ni gemu tak?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu