Google+

oleh: lynn Roti Jala dan Kari Daging.

02190003

Sesuai untuk hidangan minum petang atau juga jamuan.


Created on : 23-05-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lynn




Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Tag

kuih-muih

Related Recipes









Laporan Masakan Bergambar (26)

Rotijala
27-06-2006
Menjadi!.. tq for the recipes
Laporan oleh: Makyong

most welcome!

Roti_jala
12-06-2007
kenyang perut suka hati...tq.
Laporan oleh: syahmi
D075
30-06-2007
best sangat..cicah ngan kari ayam.. nyum2..
Laporan oleh: giha_gaha
001
08-09-2007
tq lyn. Memang sedap. Buat utk brunch.
Laporan oleh: fieza_fwwt
Picture_816
11-11-2007
stat menjala dah....tq, sedap
Laporan oleh: junjs11
Dscf1855i
08-03-2008
ubah sikit2 but still sedap.TQ
Laporan oleh: lemongrass
Roti_jala
13-06-2008
try resepi yg ni pulak...utk minum ptg :)
Laporan oleh: tulip77
Dscn5679
03-09-2008
terimakasih lynn..alhamdullillah menjadi...dapat banyak keping,sekali ngn kari resepi lynn...
Laporan oleh: kaya_tea

sama-sama, alhamdulilah!

Jala
30-09-2008
memang best resepi ni...10 markah..full marks
Laporan oleh: quinnie
21102008047
04-11-2008
Thanks for the very nice recipe.. 1st time buat.. my hubby balik kejer terkejut tengok ada roti jala untuk minum petang. Duduk di perantauan nie, semua kena buat sendiri.. tq so much..
Laporan oleh: aymy
Dsc00286
13-03-2009
Hehe...saya wat xikut resepi...letak 2 cawan tepung, sebiji telur, air, santan skit, garam n serbuk kunyit, ok gak rasanya...
Laporan oleh: suzzlyn
Roti_jala
08-05-2009
cube resipi ni pulak,buat jamuan petang tadi...tq atas resipinye... :)
Laporan oleh: kak fida
Roti_jala
17-06-2009
buat utk minum ptg bersama anak2.. Belum masak lagi, anak dah tunggu dgn pinggan.
Laporan oleh: cendawancun
Rotijalaku
20-07-2009
Salam Lynn, saya dah cuba resipinya, sedap. Tapi saya makan dengan kuah kari Ayam. Thanks Lynn
Laporan oleh: ibufarzana
Dsc07056_resize
03-09-2009
salamhai mmg mudah dan snng menjala x melekat..lembut kuih bila dah sejuk TQ diatas resepi ni :-)
Laporan oleh: shafea
Roti_jla
22-11-2009
sedap & lembut...nak menebar jala tu pun mudah.... nice & easy... thanx lynn... :)
Laporan oleh: nOOrsha
Dsc06196
25-12-2009
ada nmpk cam jala x? hehe... acuan xde... sy guna botol sos je utk menjala... walaupon rupa roti jala sy x cun la tp rasanya sedap sgt... kari ayam pon sedap... tq for sharing ;)
Laporan oleh: eiy_ja
Rotii_jala
01-02-2010
Ni resepi yang dah di cuba...memang sedapp..t.q kepada tuan resepi... :)
Laporan oleh: amyrah80
Dsc04651
17-08-2010
Menu berbuka puasa 7 Ramadhan 1431H
Laporan oleh: Sharm1969
Roti_jala__2_
06-01-2011
Kali pertama menjala...Alhamdulillah menjadi n memang best guna resipi ni..Cuma jalanya kurang cantik..Thanks Kak Lynn
Laporan oleh: Nenie
Mcm2_061
08-03-2011
yeay, mejadi dah roti jala sy, 1st time wat tak menjadi, 2nd time dah ok sgt...tenkiu tuan pemberi resepi :)
Laporan oleh: inabu
Roti_jala_roti_kirai
27-04-2011
dah lama buat tapi baru nk upload. sedap, lemak berkrim. tq to tuan punya resepi ^_^
Laporan oleh: zachoes

sama-sama ;)

Rotijala
13-08-2011
Senang and sedap. Thanks for the recipe :-)
Laporan oleh: ladybug2011

alhmdulilah! sama-sama ;)

Dscn0633
07-11-2011
Sedap .. aku buat setengah kilo tepung gandum.. bole makan 6-7 orang dewasa.. siap jemput jiran dtg makan lagik
Laporan oleh: clia78
418023_10150677232986585_640396584_9332791_1138954905_n
20-03-2012
sangat senang resepi ni...buat masa majlis makan-makan bersama kawan-kawan jepun. semua suka makan..kite guna susu segar..lagi sedap rasanya sebab ada rasa lemak2 gitu...terima kasih ye lyn kongsi resepi ni..
Laporan oleh: nuni
20121014_174457
14-10-2012
ni kali ke-3 try..alhamdulillah menjadi je..sedap..sekejap je habis..hehe
Laporan oleh: leeya87

Komen (70)

24-05-2006, sya komen :

k lynn part roti jala serah ke dia ah. dia rajin menjala. hehehe...


24-05-2006, yani komen :

kalo dekat dgn umah kak lynn.. takyah nak menjala.. tapi apakan daya terpaksa buat sendiri.. dr dulu sampai sekarang dok guna resepi kak lynn ni ler..


30-05-2006, lynn komen :

hehehe, dah lama pun akak x menjala ni..


13-06-2006, mimie komen :

mana resepi kari dagingnye..


15-06-2006, lynn komen :

gomen ne, bz asyik lupa je nak tempek kari dagingnya... tungguuuuuuuuu


26-06-2006, ieja komen :

okey gak resepi nye....boleh cuba!tp kari nye xde ke?


09-07-2006, rosgee komen :

450gm tpg dlm bentuk cawan?takda sukat dlm bentuk gm


13-07-2006, lynn komen :

ieja > ok.. ok resepi kari saya dah letak ... sorry. rosgee > susah ke nak sukat guna gm... ? anggaran dlm 4 1/2 cawan la tu. kalau tak pun ambil je tepung gandum sepeket tu timbang 1/2 kg hehehe.


13-07-2006, lynn komen :

silap-silap admin dan makyong nak tulis nama makyong dlm komen tertulis dalam nama tu ... sory sory.. boleh ke edit admin ? ;)


13-07-2006, lynn komen :

Tak perasan tadi dah ada mesej bergambar. Wah menjadi ek, tahniah... lemak2 gitu kan. mmm... bila nak menjala lagi ni.


26-09-2006, Liya komen :

Terima kasih kongsi resipi. Boleh buat berkali-kali.


01-10-2006, ana komen :

terima kasih kerana ada resipi ini. boleh saya buat banyak sebab ianya senang. ok terima kasih tapi karinya dimana ya...


01-10-2006, admin komen :

ana, resepi kari nya drp lynn gak ada kat sini:- http://myresipi.com/top/detail/149


18-12-2006, muza komen :

Saya dah buat roti jala ni tapi kurang sedap. Sekarang ni bolehlaa saya cuba resipi baru ni. lagi elok sertakan sekali karinya.


07-02-2007, umiaisyah komen :

selalu buat jugak tapi kurang sedap...yum yum anak umi mesti suka kalau resipi baru ni...nanti umi cuba...sapa2 nak cuba leh datang umah umi


11-02-2007, ayamserati komen :

baru nak cube esok


21-02-2007, icam komen :

...moshi2...sayer nak tanyer kpd sesiapa yg pernah m'bt roti jala nie..bole share skit xperience tu tak...coz sayer tgh bt research pasal roti jala...sayer nak tahu lebih detail tentang cara2 m'bt roti jala...kalo bole mail la u all punyer mail address pd sayer...icam_me@yahoo.com...as soon as possiblee...sayer ader banyak kemusykilan...sayer dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...:)


25-03-2007, tulip77 komen :

i klu nk wat roti jala biasanya bancuhan cam nk wat lempeng,kena cair skitlah pastu guna susu tepung jek senang nk agak :) & bila guna susu tepung roti jala ni akan berbau wangi


01-04-2007, syahmi komen :

roti jala ni boleh juga cicah ngan kuah durian...... nnt syahmi masukkan rsp kuah durian utk mkn ngan roti jala ni....hmmmm sdpnya.. x sabar rasanya :p


08-04-2007, coyotemawi komen :

lynn..gomen ne tu apa?


24-06-2007, SAFA komen :

Nak tanya, kalau xbubuh telur xpe kan..?? susu pun penting ker..??


11-07-2007, riena komen :

riena dah try buat mkn ptg smlm. byk jugak dpt. ingatkan nak bagi kat jiran, rupanya tak sempat. hbs kat kami 5 beranak je. punya ler sodap....tq lynn 4 ur rsp.


08-08-2007, mellea komen :

Salam... Pagi tadi buat roti jala tu, walaupun tak mcm yang akak buat tp sedap. Mellea mkn dengan kari ayam... Husband yang tolong gulungkan. Tq


21-08-2007, ladybird komen :

memang sedap!semalam baru buat.tapi macamana resipi tu cuntuk 10-15 orang tapi yang makan 6 orang kat umah tu tak cukup2.(mesti sedap i masak!)cuma yang problem time nak menjala.kali ke 5 baru pass.thanks lyn...


11-09-2007, bobocha komen :

MMMMhhhh...sedapnya roti jala.... Makan 3 orang je dah habis...


23-01-2008, uminaj komen :

sori, nak tanya, pemutar belon tu apa ya?x penah dengar le...


08-03-2008, kakg komen :

Dh cuba. lembut & sedap. Blh guna bancuhan yg sama utk buat kuih gulung yg inti kelapa tu ke?


08-03-2008, yatiezaini komen :

ada sapa2 kat sini tahu x samada adunan roti jala ni boleh di simpan dlm peti sejuk semlman x.. seblm dijalakn esok pagi nya... selalu buat roti jala versi saya.. tp selalunya saya terus jalakn & x pernah simpan kat peti sejuk semlman.. sapa2 blh tlg.. tks..


03-04-2008, bayu-tt komen :

nak tanya,mcm mana bentuk acuan roti jala tu??


04-04-2008, umiezu komen :

salam(",)..cik bayu-tt kalo p supamaket p kat brangan plastik acuan roti jala wana kuning jagung gitu..btangkai d ada lima lubang panjang skit alurnya ke bawah..alamakk bleh pa'aam ke??? tak pun p psar mlm tnya pakcik or makcik jual brng plastik "cik acu kuih jala ada tak" hhaaa kan sonang....


04-04-2008, umiezu komen :

salam(",)..cik bayu-tt kalo p supamaket p kat brangan plastik acuan roti jala wana kuning jagung gitu..btangkai d ada lima lubang panjang skit alurnya ke bawah..alamakk bleh pa'aam ke??? tak pun p psar mlm tnya pakcik or makcik jual brng plastik "cik acu kuih jala ada tak" hhaaa kan sonang....


04-04-2008, umiezu komen :

salam(",)..cik bayu-tt kalo p supamaket p kat brangan plastik acuan roti jala wana kuning jagung gitu..btangkai d ada lima lubang panjang skit alurnya ke bawah..alamakk bleh pa'aam ke??? tak pun p psar mlm tnya pakcik or makcik jual brng plastik "cik acu kuih jala ada tak" hhaaa kan sonang....


05-04-2008, che ku azunura komen :

sayapetang ni baru je nk buat .kalau sedap boleh cuba lagi ok....thank ..


30-05-2008, harissa komen :

saya dah try buat..sedap.siap bagi dkt jiran lagi..tq very much ya


27-06-2008, cute girl komen :

mane resepi karinya??? x nmpk pun


23-08-2008, yumna komen :

boleh tak pakar2 tlg jwbkan soalan yumna, kalau takde acuan roti jala tu yumna nak buat mcm mana. yumna nak buat yg berjala tak mau mcm lempeng. logik tak yumna masukkan bancuhan tepung dalam plastik then gunting sikit kat bucu kemudian jala... hehe... kat sini mana yumna nak cari acuan tu :(


23-08-2008, nor_67 komen :

yumna, ada daun pisang tak? cuba buat bentuk kelongsong spt bentuk kun. buat kemas2 dan stapler kat hujung atas tu.. gunting kat bucu skit pastu buatlah jala.. cara ni org tua2 dulu2 yg biasa buat kalau tak ada acuan khas tu.. cuba lah mudah2an menjadi..


23-08-2008, yumna komen :

kat australia kak nor xde pokok pisang.. pakai plastik ok tak kak nor.. yumna tahu kak nor terer bab masak diperantauan :)


23-08-2008, nor_67 komen :

eh.. silap org tu yumna.. knor duk m'sia jer yg duk perantauan tu k.yani tu.. plastik lembik skit laa yumna, susah nak control kan, tp cuba la dulu jgn gunting bucu besar sgt kalau susah nak kluar adunan tu, gunting skit lg..


23-08-2008, nor_67 komen :

haa... yumna, pernah tengok botol mayonis tak? cuba buka sini http://myresipi.com/products/14 boleh jer guna yg ni, dah ramai yg cuba.. rasanya ada kat australia kut, cuba la cari..


24-08-2008, yumna komen :

haa tgk tu.. kak nor memang terer ade je ideanya.. betul jugak kalau guna plastik takut lama2 picit terbesar plak lubangnye.. respect to u :)


24-08-2008, nor_67 komen :

tak ada laa yumna, idea guna botol mayo tu dari fida or yani, knor cuma tolong sampaikan jer.. share sesama kita kan...


25-08-2008, hana6877 komen :

ooo pakai botol mayo bleh k.nor er? baru ku tahu....kene bli lagik satu nih sbb satu tuh dh mmg utk mayo nyer! nih khas utk roti jala! hahahaha....


21-09-2008, omarrozita komen :

thanks a lot lynn... dah buat roti jala ni untuk berbuka puasa, makan dengan kari ayam. Memang sedap, 1st time buat terus jadi... terima kasih banyak2... anak-anak suka dan dapat pujian dari suami.


22-09-2008, quinnie komen :

memang best resepi roti jala ni..sebab tak muak makan dia...nanti saya hantar laporan...saya nak kasi 10 bintang..full marks...


27-09-2008, kak comey komen :

saya penah buat...tapi roti jala xcantik la..xsmenjadi sangat..next time nak try lagi..harap2 menjadi la..


13-10-2008, kak jem komen :

kalo nak cepat, pantas dan bergaya.. blender jer bahan dalam blender biase yg kita blender cili tu.. tak yah tapis2


27-10-2008, hafiza780 komen :

saya dah cuba buat roti jala ni banyak kali...tapi tak jadi la jalanya tu...jadi macam lemping....kenapa yea?


04-11-2008, hanna1078 komen :

hafiza780,bancuhan fiza cair tu.Kalau bancuhan cair,lenggang acuan kena laju dan jangan rendah sangat.Lenggang slow,bancuhan cair keluar laju jadi lempeng.Yg cantik,bancuhan mesti bertali.Kalau 450gm tepung, bancuhan sebanyak 1 1/2 blender basah.Tak pekat,tak cair tu.Roti jala dinilai drpd kehalusan tali/uratnya.Kalau urat kembang,k ana bagi point 5/10.Tak pakai susupun tak apa,tapi kena pakai telur.Telur tu basic utk tentukan jalaan yg cantik.Cukup dgn warna kuning muda hasil dari warna kuning telur.Lenser dgn minyak sapi campur minyak masak sikit,lagi sodap.Roti tak akan kering walau disimpan semalaman.Yg nak buat research,cek apa boleh mai seremban or email hanna_1078@yahoo.com.my.Lenggang roti jala susah nak diterangkan secara bertulis.


15-06-2009, amen komen :

saya study lagi kat oversea. so nak cari acuan roti jala tu mmg susah ler. ada suggestion lain tak selain guna acuan tu? teringin nak makan roti jala. :D


15-06-2009, aludra komen :

amen, saya guna tin susu. Saya tebuk lubang kecik2 dlam tin susu kosong, pastu gunakan sebagai acuan.. pun jadik jugak... :)


21-07-2009, sitinor komen :

salam lin, sy banyak kali try...best, memang best, tp sy xpandai menjala la...xhalus cantik...


05-10-2009, ndaa_48@yahoo komen :

or memang best,sy dah mencubanya fmly memmg suka apalg mkn bersama kari ayam..


05-10-2009, ndaa_48@yahoo komen :

tapi sy tak pandai buat kuah manis, buleh tak kongsi........hehe ibu saya gemar kuah manis


25-10-2009, barin78 komen :

Tq for the resepi...sedap bangat...simple, sebelum ni buat asyik tak jadi je sebab bancuh tepung, kunyit, garam dan air je...kalo macam ni boleh ambil katering ni...


10-01-2010, abunzs komen :

boleh tak bg resepi ni gantikan gm/ml dlm cwn?kte org kg xda timbanglah....hehehe


20-02-2010, ezam komen :

saya buat tapi xjadi ngape ek. tapi saya akan tetap cuba smpai berjaya.


12-03-2010, niezlynn komen :

dah lame saye cari resipi roti jala.akhir nye jumpe jgk.nanti ade mase saye nk try resipi nie...


02-04-2010, iris78 komen :

dh try resipi ni, saya ganti susu segar ngan 4.5 sudu besar susu tepung + 450ml air, Alhamdullillah, jadi!..Thank q so much Lynn, tak sangka wat roti jala is not so difficult!...


15-12-2010, zatie_meor komen :

nk cicah ngn gulai pe2 pn x pe ek???sdp gk..nk try wt la..


18-12-2010, julia mustafa komen :

saya buat roti jala lg senang, semua bahan saya blend..so takde yg berketul..beres..


06-04-2011, Annie Salih komen :

saya plan nak masak roti jala esok untuk abg... dah lama tak buat sejak berpindah ke perak..huhuhu


05-08-2011, mayllum komen :

pertama kali saya masak ikut resepi ini dan memang berjaya... sekarang boleh buat sendiri! Terima Kasih!!


09-08-2011, anisyy komen :

nak try! buka puasa mlm ni =D . insyaAllah


14-08-2011, zetty_8176 komen :

kuih jala ku tidak menjadi.... :( bila menjala kuih, adunan tepung turun secara bertitik titik...sedangkan adunan sudah diblender dan ditapis ... hampahnya...


22-12-2011, setanggibiru komen :

tak sabar nak cuba petang ni untuk anak2...


13-04-2012, faizanoor komen :

Maaf la nk tanye..camt dan camb stand for what?camca ke? Lg satu mentega cair tu mentega beku yg sudah di cair kn ke?


20-07-2012, moonbug komen :

faizanoor: tlg jwbkan. camt = camca teh & camb = camca besar. hrp membantu.


03-09-2012, Snur komen :

Mula2 knl roti jala inilh rspi prtama yg saya cuba..mmg perfect la.... tq yerr...


20-09-2012, masliza.matyunus komen :

tak pernah cuba takut x jadi


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu