oleh: eugeniadarwis Brownies 1mas2ra

Brownies

resepi asal dari cari forum, tpi ubah suai sikit...


Created on : 27-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi eugeniadarwis




Share


Bahan-bahan ( 1 loyang bercutter 10" x 10" )

  • 150gm butter
  • 225gm coklat masakan
  • 100 gm susu segar
  • 240 gm gula perang
  • 3 biji telur sederhana
  • 1 sk esen vanilla
  • 220 gm tepung gandum
  • 45 gm serbuk koko
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk baking soda

Cara-cara

  1. cairkan butter & coklat masakan secara double boiling, ketepikan
  2. dgn menggunakan whishk tangan, gaul gula perang, telur dan esen vanilla & susu segar
  3. Img_2283
    ayak bersama tepung gandum, sebuk koko, baking powder & baking soda, campurkan kepada bahan yg telah digaul tadi
  4. Img_2286
    masukkan butter & coklat masakan yg telah dicairkan tadi, gaul lagi setakat utk meratakan adunan shj
  5. Img_2158
    tuang adunan ke dlm loyang yg telah dialas dgn kertas, bakar selama 1 jam dgn suhu 170c
  6. Img_2160
    tanggalkan cutter semasa brownies masih panas,
  7. Img_2164
    tunggu sehingga brownies sejuk sebelum menghias

Tag

brownies


Laporan Masakan Bergambar (1)

P1020388
01-12-2008
g..saya dah buat brownies ni..mmg sedap tul rasa coklatnya..n saya letak almond cincang tu...tp takder loyang cutter la..pakai loyang bulat jer..thanks g.
Laporan oleh: enas_eryna

tq enas sudi cuba, loyang bulat pun sedap kan :)


Komen (16)

27-11-2008, kakfiza komen :

hai G..menaip resepi ditgh mlm jumaat ke..? kakakaka


27-11-2008, eugeniadarwis komen :

mlm jumaat apanya, dah pagi ni kak fiza, tak tidur lagi ke?


28-11-2008, Mummy7857 komen :

Kak g... brownies ni takde kacang yer?


28-11-2008, eugeniadarwis komen :

kalau nak boleh letak 150gm walnut, pecan, almond atau macadamia ;)


28-11-2008, quinnie komen :

kak g kalau nak letak kacang tu..masukkan sekali dalam bancuhan ke atau buat tabur kat atas tu je?


28-11-2008, Azmiema komen :

Alamak... cam best jer resepi ni... mesti sedapp giler... boleh dikukus tak brownies ni...


28-11-2008, enas_eryna komen :

g..nak tau ler kekacang tu kalau nak letak kena panggang dulu kan...tp kan kalau nak panggang tu brape lama yer....nak cuba ler buat..


28-11-2008, yatiezaini komen :

sedapnyer G .. kena gi beli loyang cutter dulu ler .. smlm ngedap kat umah G dah tergodaaaa .. tup2 buka Myr dah kuar resepi nih .. hehe .. G yg warna putih lorek2 tuh white choc ker???


28-11-2008, eugeniadarwis komen :

Q, kalau ikut resepi asal, campurkan kacang dgn bahan2 yg diayak. enas, pangang sekejap jer, dlm 10 minit, so dia rangup


28-11-2008, eugeniadarwis komen :

Azmiema, tak tau pulak boleh kukus ke tak sbb G pun first time wat brownies ni, tu yg share resepi kat sini, kalau G boleh buat sapa2 pun boleh kan, selamat mencuba!


28-11-2008, eugeniadarwis komen :

mmg sedap kak yatie, kalau xde loyang cutter pun boleh gak, tapi kalau ada potongan dia cantik sbb bakar dgn cutter sekali. yer, G lorek dgn white choc jer ;)


28-11-2008, tuntung15 komen :

amboiiii nampak ngancam lak brownies nih. Cuti2 skolah ni mmg asik kene masak jer. resepi G ni leh la akak try this weekend.


28-11-2008, eugeniadarwis komen :

salam kak Ogy@tuntung15. try ler budak2 mmg suka :)


01-12-2008, alyasuraya komen :

mane tpt jual cutter??? bp?


01-12-2008, eugeniadarwis komen :

alyasuraya, biasanya loyang bercutter ni ada jual kat kedai jual baking ingredients


01-12-2008, eugeniadarwis komen :

ooops, kalau bp tu batu pahat rasanya takde, sbb G pun beli kat Kluang


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu