oleh: ayu898 Lamb Stew

Img_1291

Resipi stew yg ringkas tp sgt sedap. Kalau xsuka lamb, boleh ganti dgn daging lembu.


Created on : 27-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ayu898




Share


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 1/2 kg potongan daging kambing (lamb cutlets)
  • 1 biji bawang besar berkulit coklat (dimayang)
  • 1 batang lobak merah (potong baji)
  • 2 biji kentang (potong baji)
  • 1 sudu makan mentega
  • 5 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 kiub pati lembu
  • 2 sudu makan tomato puri
  • 2 sudu makan honey mustard
  • Thyme, rosemary, daun bay, basil, marjoram, terragon (atau mana2 mixed Italian herbs) secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 2 sudu makan tepung gandum.
  2. Dalam periuk, cairkan mentega. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang.
  3. Ketepikan bawang (masih dalam periuk), kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang.
  4. Masukkan lobak merah dan kentang, kemudian masukkan air, cukup untuk menenggelamkan bhn2 dalam periuk tadi. Renih atas api sederhana.
  5. Selepas 5 minit, masukkan kiub stok lembu, tomato puri, honey mustard, Italian herbs, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
  6. Bancuhkan baki tepung gandum & tepung jagung bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
  7. Teruskan merenih sehingga daging, kentang dan lobak merah betul2 lembut dan empuk.
  8. Img_1294
    Boleh dimakan dengan roti (spt gambar di atas), pasta ataupun nasi (spt gambar di sebelah). Selamat mencuba! : )


Laporan Masakan Bergambar (2)

08-11-28_15-05
03-12-2008
sedap n kaw!! sedap mkn dgn roti.kambing yg di perap dgn lada hitam jdikn xberbau dan memanaskn bdn bile mkn.sesuai untuk mknan musim sejuk..thanks 4 da resepi
Laporan oleh: sakura>emi

thanx sudi try. happy 2 know dat u like it! : )

Stew_daging
22-12-2008
meat stew coz guna daging lembu jer.. sesekali bertukar selera dari sup tulang.. sedap gak..
Laporan oleh: nor_67

yup. sedap jugak pakai beef. n xde bau! ;>


Komen (6)

31-03-2009, maariana_zek komen :

sedap2.. sungguh menyelerakan la ayu898..


31-03-2009, maariana_zek komen :

kak nor.. siap wat roti bun sekali tu..memang sedap cicah ngan roti..yummy.


01-04-2009, ayu898 komen :

maariana dh try ke? hehe.. tq.. kak nor nye bun tu mmg nampak indah sgt.. ; )


07-09-2009, erudite83 komen :

honey mustard????? nk dpt kat ner? ape ghupe dia? xleh ganti ngan bhn len ker???? tlg la kwn!!!!!!!


08-02-2011, chira komen :

sedap!!tp xletak honey mustard..yum2..tp cane nak upload gmbar ek?


22-04-2011, anumrahim komen :

Nmpk menyelerakan,memang kena try.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu